KOT

Friday, February 26, 2010

Alhamdulillah Kejohanan Olahraga Tahunan SMKCR telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama. Berikut merupakan gambar2 sepanjang KOT berlangsung selama 2hari.Guru dan PPM menyiapkan banner untuk khemah PPKISMKCRTompang ambik gambo je ni..heheGandngan mantap Hakim Pelepasan.Penat lo..setiap acara balapan wajib ada kitorang berdua yang ensem ni.hilang suara..Ke garisan...!!!sedia....!!!!PAAM!!
Anak2ku dalam acara 100m (PKhas)
Relex jap
Rombongan meminang dari Pend Khas ;)
Syabas dan terima kasih kpd 4org anak didikku kerana mjlnkan tugas dgn jayaKadet Polis..aduuh kawat ntah apa-apa ntah..berterabur...siap la kowang pasni aku lanyak cukup kawad korang!!!Anyway congraz kerana mberi kerjasama.


Read more...

Kasi Berasap Berapi!!!

Tuesday, February 23, 2010

Cuti sekolah sibuk...dah sekolah Lagi SIBUK.
macam2 kena buat
perkara wajib kena buat cam selalu
LATIHAN KAWAD KADET POLIS
leh katakan tiap2 petang
Balik skool kol 0230,solat,makan,relex jap pastu g skool balik kol 0400 ntuk latih kawad.sampai la kol 0600
Aper yang pelajar buat aku akan turut serta
terpekik terlolong xyah cakap la,sampai serak tekak ni
jgn xcaya suara aku memekik bagi hukuman kawad leh dengar lebih dari 4blok bangunan (da cikgu y bagitau aku soh slow sket)
tp dah namanya KAWAD kena la suara kuat..lain la lau KHALWAT..suara berbisik2 jerk.ops..

ni gambar 2009.xsempat lagi nak ambik gambar 2010.sebook katakan.hehe (tp gambo aku xder coz aku yang ambik gambo ni)


Sebelum latihan buat larian 1atau2 keliling sekolah.aku pon joint sama.tp lau dua keling leh takat satu keliling je la.semput wo..heheparaskan skuad elok2
ok start kawad. Meh gegarkan medan perhimpunan dengan ngauman suara cikguyiee!!biar berasap berapi hentak kaki atas tar!!!saper yang degil/cakap time kawad/main2 ni la jawabnya..walaupun sowang jer yang buat salah sumer kena.One for All,All for One..Right?uiks heppinyer dah abis latihan kawad sampai melompat2 korang ni..
kawad..kawad gak tp solat Asar jangan lupa nak tunaikkan.

99.9% kebarangkalian aku akan turun lau ada latihan kawad.dah sebati dah kawad ni lam jiwa aku.best wo...walaupun penat,melecet kaki,tegang urat namun aku suker n heppi.



TUGAS CIKGUYIEE MINGGU NI
1) Ketua Guru Bertugas Mingguan
2) Urus Kawad Kadet Polis-Latihan harian
3) Urus Kawad Kadet Polis-Perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
4) Urus Kawad Pembawa Bedera KOT
5) Urus Perbarisan Pend. Khas sempena KOT
6) Urus senarai nama peserta Pend.Khas y mengambil acara dalm KOT
7) Urus medal untuk Pend.Khas (edit guna photoshop n tampal kat medal)
8) Ketua Hakim Balapan
9) Malas la nak tulis nnt kowang kata aku merapu plak.tp ni betul2 xtipu nyer..tipu dosa taw.

Amacam?tu la nak update blog sehari dua ni pon xsempat.Akhir kata renungilah kata2 ini..

RAMAI ORANG YANG BOLEH MENJADI GURU TETAPI HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG BOLEH MENJADI PENDIDIK.

Read more...

update

Friday, February 19, 2010

sebook memanjang walaupun cuti..nak update blog pon xsempat.

Read more...

Bakar Ikan

Sunday, February 14, 2010

Time cuti cam ni la masa ntuk bersama famly
memacam xtvt leh dibuatt
famly MEK HASSAN (mymom) berkumpul bberapa ari lepas ntuk

BBQlebih 30 org hadir.MERIAH woo...gumbira woo dapat kumpul ngan adik baradik,anak sedara,pak sdara,sepupu sepapat,ipar duai, mmg meriah.bakar ikan n sotong pastu makan reramai.

Bakar jgn xbakar.Sotong ada ikan ada..pilih nak makan pa..MEK sebook melayan cucu-cucunya
aku?tokang ambik gambo je la..
Memalam xnampak aper la..lau siang hari ni la panorama kat kampungku..Pelabuhan:tempat carik ikan n sotong segar ntuk dibakar!!yummy
(5minit je dari umah aku)Ikon TOK BALI..replika kapal C2Jambatan TOK BALI..Pantai TOK BALI..depan umah aku jerk.jalan kaki kejap terus leh mandi pantai
(tapi dah lebih setahun aku xmandi pantai-xsuker)

Read more...

ME and WIFE

Friday, February 12, 2010

Dah ramai yang request
nak nengok gambo
wife
aku..ni dia....



Read more...

New Mitsubishi Lancer GT 2.0 only RM35K !!!

Saturday, February 6, 2010

Saper nak Kereta Mitsubishi Lancer GT 2.0 hanya RM30K. Lagi murah dari Proton Saga,Gen2,MyVi, n sumer keter "buatan" Malaysia tercinta...
x tipu la...nih tengok ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
senarai harga keterdokumen kat port
klik pada gambar jika kureng jelas

Hanya RM 35,514.00 harga untuk sebijik kereta yang berteknologi tinggi,tahan lasak, berkualiti, dan mempunyai ciri2 lain yang ummmph..tapi tu harga sebelum AP lah..selepas AP korang tau2 la..so terpaksa la SATU MALAYSIA guna kereta "buatan" Malaysia yang berteknologi tinggi. Yang paling ketara sistem power window yang TERLALU canggih..baru jer guna sebulan dua dah kena baiki.Syabas kepada PROTON dan PERODUA diatas "R&D" bagi menambah baik power window dll.

-ini bukan blog hina sultan
-bukan juga blog hina PROTON
-bukan juga blog hina PERODUA
-so jangan la saman saya
-just merasa terhina diperlakukan begini
-so nk berkongsi kot2 ada lagi mereka y merasa terhina spt saya.....

Read more...

LIWAT..DILIWAT...MELIWAT...TERLIWAT??hati-hati...

Friday, February 5, 2010

sumber : Ustaz Zaharuddin


Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

sumber : Ustaz Zaharuddin

~ tutup molot..jgn cepat nak sebar fitnah, reka cerita...

Read more...

Huh betol ke ni?cam xcaya la plak...


Muakahkah..memacam da..

Read more...

PANAS!!AKSI GELEK GERUDI

Monday, February 1, 2010

Ambik korang!!!saper yang berani celen anak murid aku yang sowang ni?!!Gelak besar aku dok layan gelagat anak2 murid aku ni. Ni kes xpueh ati senamrobik la.sumer orang dah penat (termasuk la cikgunya yang hensem ni) tapi si Yus ni xnak brenti lagi.Huh joget sampai puas hati la.
video
Last2 reti jugak ko rasa penat ek.hehe

~more about Pendidikan Khas SMKCR click here~

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP