New Mitsubishi Lancer GT 2.0 only RM35K !!!

Saturday, February 6, 2010

Saper nak Kereta Mitsubishi Lancer GT 2.0 hanya RM30K. Lagi murah dari Proton Saga,Gen2,MyVi, n sumer keter "buatan" Malaysia tercinta...
x tipu la...nih tengok ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
senarai harga keterdokumen kat port
klik pada gambar jika kureng jelas

Hanya RM 35,514.00 harga untuk sebijik kereta yang berteknologi tinggi,tahan lasak, berkualiti, dan mempunyai ciri2 lain yang ummmph..tapi tu harga sebelum AP lah..selepas AP korang tau2 la..so terpaksa la SATU MALAYSIA guna kereta "buatan" Malaysia yang berteknologi tinggi. Yang paling ketara sistem power window yang TERLALU canggih..baru jer guna sebulan dua dah kena baiki.Syabas kepada PROTON dan PERODUA diatas "R&D" bagi menambah baik power window dll.

-ini bukan blog hina sultan
-bukan juga blog hina PROTON
-bukan juga blog hina PERODUA
-so jangan la saman saya
-just merasa terhina diperlakukan begini
-so nk berkongsi kot2 ada lagi mereka y merasa terhina spt saya.....

Read more...

LIWAT..DILIWAT...MELIWAT...TERLIWAT??hati-hati...

Friday, February 5, 2010

sumber : Ustaz Zaharuddin


Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

sumber : Ustaz Zaharuddin

~ tutup molot..jgn cepat nak sebar fitnah, reka cerita...

Read more...

Huh betol ke ni?cam xcaya la plak...


Muakahkah..memacam da..

Read more...

PANAS!!AKSI GELEK GERUDI

Monday, February 1, 2010

Ambik korang!!!saper yang berani celen anak murid aku yang sowang ni?!!Gelak besar aku dok layan gelagat anak2 murid aku ni. Ni kes xpueh ati senamrobik la.sumer orang dah penat (termasuk la cikgunya yang hensem ni) tapi si Yus ni xnak brenti lagi.Huh joget sampai puas hati la.
video
Last2 reti jugak ko rasa penat ek.hehe

~more about Pendidikan Khas SMKCR click here~

Read more...

RM100!!!Saper nak?

Sunday, January 31, 2010

Dulu daftar JUTAWANKLIK, promote jap pastu biar jerk coz sibuk..Tadi bukak e-mail n dapat satu email daripada CIMB. Alhamdulillah balik modal walaupon dah lama xpromote link. lau berminat leh daftar n dapat 10sen setiap kali orang klik link anda. Huh 10sen jer?Nampak sikit tapi lau 10orang klik sehari dah rm1.Lau sebulan dapat rm30.xder la banyak sampai kaya raya tp dah lepas duit topup tu kira ok la..tu baru 10 org klik,lau 20?30?50?100??1000??? kira la sdirik.hehe.Lau berminat klik sini reramai.

Read more...

Perhatian Semua Orang Kampung!!!

Friday, January 29, 2010

Perhatian kepada semua!! SMK Cherang Ruku akan mengadakan aktiviti MERENTAS DESA atau nama barunya LARIAN SATU MALAYSIA (1malaysia lari??ramai tu..hehe). Terbuka kepada PELAJAR SMKCR SAHAJA. sesapa bukan pelajar SMKCR tapi berminat nak joint sila la jumpa Pengetua sekolah kowang masing2 mintak tukar ke SMKCR (baguih punya idea). Larian ini akan berlangsung pada 06 Februari 2010 pada hari SABTU (hari ganti persekolahan ntuk raya cina)
Buat banner simple jerk ntuk war-warkan kat laman web n facebook SMK Cherang Ruku. Kena jadi Ketua Penjaga Masa dan AJK Dokumentasi time tu..Terimalah banner ini seadanya.Xsempat nak edit chantek2..

Read more...

Anak-anakku

Sunday, January 24, 2010

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya Program Amali Solat PIPKSMKCR hari ini berjalan dengan jayanya. Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman solat kepada anak2 istimewa ini. So setiap hari ahad para guru,ppm dan pelajar PIPKSMKCR akan mengerjakan solat zohor berjemaah di masjid sekolah. Ni da beberapa gambar yang sempat cikguyiee snap sepanjang program ini...

Cikgu Din (Penyelaras a.k.a Boss Cikguyiee) membetulkan takdir pelajar
Pelajar perempuan tidak terkecuali (kecuali yang terkecuali tu la)hehe

Adeh Samsol naper la sujud tangan dok camtu?Malu ah!satu donia tengok blog cikguyiee ni..

Loo..ni lagi teruk.Cikguyiee memohon kemaafan kepada para pembaca blog ini diatas kelucahan yang dipaparkan oleh Ucop ni.

Huh macam2 aksi anak cikguyiee ni. Saper kata jadi cikgu senang?meh coba lau nak tau.

p/s:jika ada kelapangan sudi2kan melawat blog PIPKSMKCR

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP