RM100!!!Saper nak?

Sunday, January 31, 2010

Dulu daftar JUTAWANKLIK, promote jap pastu biar jerk coz sibuk..Tadi bukak e-mail n dapat satu email daripada CIMB. Alhamdulillah balik modal walaupon dah lama xpromote link. lau berminat leh daftar n dapat 10sen setiap kali orang klik link anda. Huh 10sen jer?Nampak sikit tapi lau 10orang klik sehari dah rm1.Lau sebulan dapat rm30.xder la banyak sampai kaya raya tp dah lepas duit topup tu kira ok la..tu baru 10 org klik,lau 20?30?50?100??1000??? kira la sdirik.hehe.Lau berminat klik sini reramai.

Read more...

Perhatian Semua Orang Kampung!!!

Friday, January 29, 2010

Perhatian kepada semua!! SMK Cherang Ruku akan mengadakan aktiviti MERENTAS DESA atau nama barunya LARIAN SATU MALAYSIA (1malaysia lari??ramai tu..hehe). Terbuka kepada PELAJAR SMKCR SAHAJA. sesapa bukan pelajar SMKCR tapi berminat nak joint sila la jumpa Pengetua sekolah kowang masing2 mintak tukar ke SMKCR (baguih punya idea). Larian ini akan berlangsung pada 06 Februari 2010 pada hari SABTU (hari ganti persekolahan ntuk raya cina)
Buat banner simple jerk ntuk war-warkan kat laman web n facebook SMK Cherang Ruku. Kena jadi Ketua Penjaga Masa dan AJK Dokumentasi time tu..Terimalah banner ini seadanya.Xsempat nak edit chantek2..

Read more...

Anak-anakku

Sunday, January 24, 2010

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya Program Amali Solat PIPKSMKCR hari ini berjalan dengan jayanya. Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman solat kepada anak2 istimewa ini. So setiap hari ahad para guru,ppm dan pelajar PIPKSMKCR akan mengerjakan solat zohor berjemaah di masjid sekolah. Ni da beberapa gambar yang sempat cikguyiee snap sepanjang program ini...

Cikgu Din (Penyelaras a.k.a Boss Cikguyiee) membetulkan takdir pelajar
Pelajar perempuan tidak terkecuali (kecuali yang terkecuali tu la)hehe

Adeh Samsol naper la sujud tangan dok camtu?Malu ah!satu donia tengok blog cikguyiee ni..

Loo..ni lagi teruk.Cikguyiee memohon kemaafan kepada para pembaca blog ini diatas kelucahan yang dipaparkan oleh Ucop ni.

Huh macam2 aksi anak cikguyiee ni. Saper kata jadi cikgu senang?meh coba lau nak tau.

p/s:jika ada kelapangan sudi2kan melawat blog PIPKSMKCR

Read more...

BUSAN..

Friday, January 22, 2010

xtaw nak post aper
so post gambar sdirik
hehe
ntah apo2 la cikguyiee ni~gambar lam bilik guru hari khamis lepas, sempat jer pose jap sambil tulis lesson note~

Read more...

MISS U A LOT

Wednesday, January 20, 2010

...lama kita tidak bersua...
...aku rindu senyumanmu...
...aku dambakan ciumanmu...
...aku inginkan pelukkanmu...
...bila aku ketemumu...
...ingin aku cium pipi gebumu...
...inginku peluk erat tubuhmu...
...kerana aku amat menyayangimu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


...oh anak sedaraku...
...lama xjumper anak sdara aku ni...
...skg dia kat kl ngan mak dia...
...parent cerai anak jadi mangsa...
...aku pun jadi mangsa gak...
...waa windunya kat ko...
...nik nasrul fariz...
...balik ek...
...cian...
...kat..
...pok sue..

Read more...

DiNg DonG!!!

Wednesday, January 13, 2010


...Adeeh fooning kepala...
...banyak kerja kat skool...
...dok ngadap laptop jerk...
...buat jadual...
...isi data...
...n of course ngajar....
...adeeeh tulun...
...da sesaper leh bantu...
...
...
...
...
...jalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh rasa tanggungjawab...

Read more...

HADIAH

Wednesday, January 6, 2010

Alhamdulillah walaupun dah hampir sebulan cikguyiee diijabkabulan tapi still ada yang menghulurkan hadiah kerana tidak sempat hadir ke majlis kenduri kat rumah cikguyiee.Terima kasih kepada Hajjah Roslawati kerana bagi hadiah ni...Beliau xsempat nak hadir kerana ngah mengerjakan Haji ditanah suci Makkah..Beliau ni merupakan guru cikguyiee tau.Mmg baik.Time sekolah dulu we ols panggil beliau dengan gelaran "Mummy"..mmg sifat keibuannya terserlah dan berterusan sehingga kini.Terima kasih MUMMY!!!Terima kasih Hajjah Roslawati..Luv u sooooo much.Hadiah dari Makkah Mummy bagi kat cikguyiee.Thankz again.

Read more...

MALAM PERTAMA

Sunday, January 3, 2010

Ops..silap tajuk da..bukan MALAM PERTAMA tapi HARI PERTAMA..hehe..merujuk kepada hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2010. Malam tadi tidow kol 3 lebih..pagi tadi tersedar kol 6:08pagi..Aper lagi kelam kabut dibuatnya. Nasib la pakaian semua dah siap wife iron. Tahnkz sayang.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Cuma cikguyiee mengong sket dok edit jadual. Memula buat jadual ntuk 7 orang guru dan 5 buah kelas tp da plak kabo angin sepoi2 bahasa kata esok ada 2 orang cikgu baru akan lapor diri. So cikguyiee pon STOP la dulu bat jadual tu ntuk memastikan kesahihannya.Lau teruskan buat kena edit gak nanti. So letek tepi dulu,guna jadual lama.

Pepagi lagi cikguyiee dah menunjukkan kebrutalan dengan memotong secukup rasa rambut budak2 yang panjang. Pantang tol. Tambah plak rambut terpacak cam duri landak. lau cicak jatuh atas rambut kompem mampus xsempat nak tobat. Memacam la kowang ni. Tapi cikguyiee still cool menjalankan kewajiban sebagai seorang pendidik. Seingat cikguyiee xpernah da budak yang marah lau cikguyiee denda,gunting rambut, lempang (kes bawa rokok). Ya la nak denda bebudak ni kena pakai ilmu psikologi gak. (cikguyiee dapat A ntuk psikologi pendidikan time kat UKM dulu-riak?) Jangan dok main nak rembat jerk.Alamatnya calar la keter tu nnt. Time ok kena la masyuk ngan bebudak tu, time bebudak tu buat salah rembat la. jangan bagi pelajar takut tapi biar pelajar hormat kat kiter.

Apa la cikguyiee bebel ni dah melalut berjela2 dah...

Cikguyiee kelihatan hensem ngan tema HITAM+MERAH pada hari pertama.hehe (naik lif tekan sdirik nak naik tengkat baper)

Read more...

2009 yang XXXX

Friday, January 1, 2010

2009 telahpun melabuhkan tirainya..sedar tidak sedar dah setahun aku berkhidmat dalam dunia pendidikan. Rasanya baru jer pegi laor diri kat pengetua..mungkin juga aku seronok dengan bidang ini sehingga tidak sedar masa yang berlalu.mungkin juga kerana kesibukan.walaupun tahun pertama berkhidmat namun aku telah diberi kepercayaan untuk memegang banyak jawata,buka setakat disekolah tapi juga di peringkat daerah malah diperingkat negeri.Antara jawatan yang aku sandang sepanjang 2009 ialah:

PIPK
1. Guru Tingkatan PIPKSMKCR
2. Guru Data PIPKSMKCR
3. Guru Disiplin PIPKSMKCR
4. Guru ICT PIPKSMKCR (Blog)
5. Jurulatih Olahraga PIPKSMKCR

SEKOLAH
1. Guru Penasihat Kelab Siaraya
2. Guru Penasihat Kor Kadet Polis
3. Platun Komander Kor Kadet Polis
4. Penolong Setiausaha Ko-Kurikulum
5. AJK Majlis Sukan Sekolah
6. Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan Ko-Kurikulum
7. Jawatankuasa Data Ko-Kurikulum
8. Jawatankuasa Fizikal dan Pembangunan Sekolah (Perabut)
9. Webmaster Laman Web Sekolah

DAERAH
1. Platun Komandan Kor Kadet Polis Daerah Pasir Puteh
2. Setiausaha dan Dokumentasi Kor Kadet Polis Daerah Pasir Puteh

NEGERI
1. Jurulatih Olahraga Pendidkan Khas Negeri Kelantan

Jawatan yang disandang banyak so tugasan n aktiviti pon banyak gak la..

JANUARI
20/01/2009
Perjumpaan Dan Taklimat Borang Prestasi (Peserta)
21/01/2009
Kejohanan Merentas Desa SMKCR 2009 (Pengadil)

FEBRUARI
09/02/2009
Mesyuarat Penyelarasan KKP Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)
11/02/2009
Taklimat Kem Kepimpinan dan Minggu Disiplin 2009 (AJK)
12/02/2009
Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Siaraya 2009 (Guru Penasihat)
14/02/2009
Gotong-royong PIPKSMKCR (JK Pelaksana)
15-25/02/2009
Latihan Kawad Persiapan Bagi Pertandingan Kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)
18/02/2009
Mesyuarat Agung Badan-badan beruniform kali pertama 2009 (Guru Penasihat Kor Kadet Polis)
22-23/02/2009
Kejohanan Olahraga Tahunan SMKCR (Pengadil Balapan)
28/02/2009
Pertandingan kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander SMKCR)

MAC
08/03/2009
Kursus Pegawai Kanan KKPDRM Kont. Kelantan di Bukit Bunga, Jeli (Peserta)
11-12/03/2009
MSSD Pasir Puteh di SMK Gaal (Guru Pengiring)
25/03/2009
Sambutan Hari Polis di IPD Pasir Puteh ((Platun Komander SMKCR)
26-28/03/2009
Latihan Kawat Pusat Fasa 1 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

APRIL
07-08/04/2009
Latihan Kawat Pusat Fasa 2 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
08/04/2009
Pertandingan Kawat KKPDRM Kont. Kelantan di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
15/04/2009
Majlis Jasamu dikenang SMKCR 2009 (Menghadiri)
20-21/04/2009
Latihan dan Raptai Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
22/04/2009
Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh *Naib Johan Platun Komander Terbaik KKP Negeri Kelantan)
25/04/2009
Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan guru SMKCR 2009 (Pendaftaran Ibubapa PIPK)
27/04/2009
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)

MEI
05-08/05/2009
Latihan Tahunan KKPDRM Daerah Pasir Puteh bertempat di Rhu Dato’ Tok Bali (Platun Komander SMKCR)
11/05/2009
Pemilihan Peserta Olahraga Pendidikan Khas Di SKPK Lati (Guru Pengiring)
12-22/05/2009
Latihan pusat kontinjen olahraga pendidikan khas Kelantan di SKPK Lati (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)
24-29/05/2009
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan di Muar Johor (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)

JUN
03-07/06/2009
Latihan Tahunan KKPDRM Kontinjen Kelantan di Kuala Krai (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
16/06/2009
Taklimat Pengagihan Elaun Pendidikan Khas dan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (AJK)
16/06/2009
Taklimat Lawatan Sambil Belajar PIPKSMKCR ke Kuala Lumpur (AJK)
21-25/06/2009
Lawatan PIPK SMKCR ke Kuala Lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)

JULAI
04/07/2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru SMKCR 2009 (Peserta)
08/07/2009
Seminar Pendidikan Khas Sempena Karnival Pendidikan Khas Institusi Pendidikan Khas 2009 (Peserta)
9-12/07/2009
Lawatan Atlit Olahraga SMKCR ke Kuala lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)
30/07/2009
Hari Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa Derah Pasir Puteh dan Kempen menderma darah (Penganjur)
07-08/07/2009
Lawatan Pengawas SMKCR ke Cameron Highland (Guru Pengiring)

OGOS
13&15/08/2009
Majlis Solat Hajat Dan Gotong-Royong Khas H1N1 (Peserta)

SEPTEMBER
28/09/2009
Mesyuarat Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Kelantan Bil1/2009 (Peserta)

OKTOBER
03/10/2009
Kursus Profesionalisme Guru SMKCR Kali Ke-3 (Peserta)
05/10/2009
Sambutan Hari Raya PIPKSMKCR 2009 (Penganjur)
08/10/2009
Pemilihan Pasukan FUTSAL Pendidikan Khas Kelantan 2009 (Guru Pengiring/Jurulatih)
15/10/2009
Mesyuarat Jawatankuasa Fizikal dan Pembangunan SMKCR (AJK Perabut)
21-22/10/2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme Setiausaha Ko-Kurikulum Sek Menengah dan Sek Rendah PPD Pasir Puteh dan PPD Bachok (Pen. S/U Ko-Kurikulum)
27/10/2009
Mesyuarat Data Pendidikan Khas Daerah Pasir Puteh ( Guru Data PIPKSMKCR )
28-29/10/2009
Basikalthon 1Malaysia SMKCR 2009 (AJK Pelaksana/Dokumentasi)

NOVEMBER
07/11/2009
Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru (Peserta)
11-12/11/2009
Kem Disiplin SMKCR 2009 (AJK Pelaksana/Dokumentasi)
26-28/11/2009
Kem Kepimpinan Pengawas Dan Penghuni Asrama 2009 (Timbalan Komandan)
19/11/2009
Perkampungan Penulis Muda Sek Men Peringkat negeri Kelantan (Keselamatan)
28/11/2009
Aktiviti Korban Perdana Pendidikan Khas Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha

Pergh mmg sebook la..tahun ni tak tau la lagi tapi aku rasa makin sebok..apapun doakan semoga aku dapat hadapinya dengan penuh keikhlasan dan ketabahan untuk membuahkan kejayaan demi anak bangsa masa hadapan..InsyaAllah.Amiin..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP