Saper nak baju FREE+SPECIAL EDITON

Friday, November 27, 2009

Saper nak baju FREE+SPECIAL EDITON?? Anda boleh pilih sendiri apa yang anda ingin tulis dan gambar apa yang ingin anda letak. Contohnya camni..

Comel tak? Musti geng2 jeles lau kowang pakai baju ni coz design ni xdijual kat mana2 kedai atau lam kata lain hanya anda sowang je kat atas donia ni yang ada baju camni..huhu mesti bangger ek. Lau kowang nak ada orang nak bagi FREE lagi. Tarikh tutup sampai 15 Disember 2009 @ 12:30tgh. Lau nak kowang cepat2 la "mintak" ngan KAK HANI yang baek hati ni.. Klik link ni


** Comel lau kat baju tu tulis I'm Cikguyiee and da gambo pensel 2B warna kuning+itam or ape2 je la. Hehehe

Read more...

"sAtu Hari diHaRi rAyA"

Thursday, November 26, 2009

Hari ni kol 615 baru bangun tidow..penat woo malam tadi dok sembang+mengumpat+mengemas ngan famly.Tidow lewat lo...ngah cibuk ni tp post gak 2 keping pic hari ni..
Salam Aidiladha 1430H

**xder gambo saya coz tolong ambik gambo jer..

Read more...

SALAM AIDILADHA

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Korban.Maaf Zahir dan Batin jika ada keterlanjuan kata, terkasar bicara, melukankan jiwa tangan dihulur ampun dipinta semoga terlerai semua sengketa agar gugur segala dosa selamat hari raya....
Raja Muhammad Alief dan Muhammad Afieq Danish nak minta duit raya ngan abang2, kakak2, pakcik2, makcik2 yang baca blog Pok Su Yiee ni..boleh?hehehe


*comel anak sdara aku ni cam pak sdara dia ugak la.hehe.
**cam upin dan ipin la plak.

Read more...

DAPATKAN INFO BANJIR TERKINI DISELURUH NEGARA

Sunday, November 22, 2009

Memandangkan sekarang ni musim banjir so elok la anda semak dulu sebelum melakukan sebarang perjalanan. Nak g kenduri kawin ke, nak balik kampung ke,or nak g dating ke baik semak dulu jalan yang anda ingin lalui tu tenggelam air/ditutup atau tidak. Kalau tenggelam petunjuk untuk sampai ke destinasi melalui jalan alternatif juga disediakan. Siap paparan peta lagi tu..Canggih!!!Syabas kepada JKR kerana menyediakan aplikasi ni. Meh sini semak jalan2 dikawasan anda..klik link dibawah..

Read more...

Selamat Tinggal Semua...

Thursday, November 19, 2009

Hari ini merupakan hari terakhir bagi empat orang pelajar PIPKSMKCR bersekolah. Mereka ialah Iqbal, Shahrul, Faisal dan Armie. Warga PIPKSMKCR telah bersama-sama menghantar keempat-empat pelajar ini pulang kerumah masing-masing, simbolik berakhirnya alam persekolahan mereka.

Cenderahati kepada 4org pelajar (T-Shirt dan Gambar Kelas 2009)











*Cayang Sumer..banyak kenangan bersama anda berempat.sempat dukung Abe Ja,orang yang kompem akan urut bahu cikguyiee time cikguyiee duduk kat kerusi.Lepas ni xder la orang yang nak urut cikguyiee.wooo sadisnya rasa.Anyway jaga diri elok2 yer.

Read more...

Selamat Tinggal Alam Pesekolahan

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Tinggal Alam Persekolahan"

Tahun hadapan saya akan "kehilangan" empat orang pelajar "otai" kerana mereka kini telah berusia 19tahun. Kesemua mereka adalah antara pelajar yang mendaftar ketika PIPKSMKCR ditubuhkan iaitu pada tahun 2004. Kini setelah 6 tahun berada di PIPKSMCR maka tibalah untuk mereka mengucapkan "Selamat Tinggal".



Serba sedikit tentang mereka :


Nama :Shahrul@Pok Abe
Tarikh Lahir : 02/04/1990
Masalah : Masalah Pembelajaran
Komen : Orangnya sentiasa kemas, baju sentiasa tuck-in, rambut hitam berminyak, pandai bergaya.

Nama :Iqbal Amri @ Keba
Tarikh Lahir : 07/02/1990
Masalah : Masalah Pembelajaran + Sindrom Down
Komen : Sebut saja nama "Keba" Satu sekolah kenal, juga terkenal disekitar Kampung Cherang Ruku, Gemar bermain bola sepak walaupun xpandai, orangnya moody,lau dia marah..adoooiii...

Nama :Armie@Amie
Tarikh Lahir : 19/02/1990
Masalah : Masalah Pembelajaran + Masalah Pertuturan
Komen : Orangnya kecil sahaja, banyak cakap+laju walaupun ramai yang xfaham apa yang dikatanya, baik dan menurut perintah

Nama :Faisal@Abe Ja
Tarikh Lahir : 15/05/1990
Masalah : Masalah Pembelajaran + Sindrom Down
Komen : Orangnya kurus tinggi,sentiasa kemas, baju sentiasa tuck-in, pakai tali pinggan ketat2 sampai tercekik pinggan kerengganya tu, suka sangat urut bahu cikguyiee (hehehe)mmg pandai urut.Ilang letih+lenguh cikgu.Thakz Abe Ja.




Cikguyiee edit jap je poster ni,sowi la lau xcanteek.

Jamuan Perpisahan (Sate+Kuih+Kek+Buah = Yummy!!)

Makan Kek Pulak

Cikguyiee nak itik tu tapi tetiba je ilang lepas potong kek. Sape yang bedal ni sila mengaku??!!!(Nada sedey+marah)Epol membacakan kad jemputan perkahwinan cikguyiee diakhir majlis.Thankz Epol walaupun sorang pon xpaham apa yang Epol bacakan..hehehe

Read more...

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN CIKGUYIEE

Friday, November 13, 2009


JEMPUTAN KEMAJLIS PERKAHWINAN

MOHD YUSRI BIN YUSOFF
dengan
ROSMAIZIRA MUHAMMAD
pada
14 DISEMBER 2009
bersamaan
27 ZULHIJJAH 1430H
hari
ISNIN
di
NO.166 KAMPUNG TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN



PETA KE RUMAH PENGANTIN LELAKI
(Klik untuk besarkan gambar)
PETUNJUK : *P/S : PETUNJUK NO.3 ,7 DAN 8 AKAN MENYUSUL NANT. BELUM SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR.

Read more...

KEM DISIPLIN SMKCR 2009

Thursday, November 12, 2009

PERKARA : KEM DISIPLIN SMKCR 2009

TARIKH : 11 DAN 12 NOVEMBER 2009
TEMPAT : PERMAI CHALET BACHOK

Peserta Lelaki
Peserta Perempuan
Antara Aktiviti Yang Dijanlankan
Cikgu Yang Sporting Morting Ngan Pelajar
Muka je garang tapi hati baiiik
Banyak plak puji diri sdirik lam posting kali ni.hehe. Kem 2 hari ni mmg best walaupun penat. Banyak gambar aktiviti tp xkan la nak upload semuakan.
Artikel ni patutnya saya post petang semalam tp ngah siapkan posting ni dapat panggilan dari Uncle kata mymum xsihat. Kurang kandungan gula dalam darah.2.8 jer.Lau lewat hantar ke klinik 1/2jam je lagi boleh bawa kepada koma. Memang selalunya apabila saya nak pegi camp or kursus saya akan hantar mymum tinggal kat rumah sedara mara. Kat rumah saya ni xder orang. Kira nasib la mymum time tu dok kat umah uncle. Kalau dok kat umah seseorang xtau la apa yang jadi.
So lepas solat maghrib semalam terus pecut ke umah uncle kat Kedai Menanti. Alhamdulillah mymum dah ok. Masuk air+glukos.


p/s: satu lagi posting yang dijanjikan tu pun turut tergendala..maaf ya.

Read more...

GEMPAR!!!!RAHSIA???

Tuesday, November 10, 2009

Hari ni 10 November 2009 maka genaplah setahun saya mengajar di SMK Cherang Ruku. Cepat rasanya masa berlalu. Rasa baru jer posting...

Hari ini amat istimewa buat saya...
bukan hanya kerana hari ini merupakan "ulangtahun" pertama saya disini tapi ada satu lagi sebab.
Bukan saya sahaja yang terlibat tapi kesemua guru dan kakitangan SMKCR.
Gempar satu sekolah dek penangan Cikguyiee..
Hahaha lucu pula rasanya bila tengok muka mereka time tu...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Apa yang Cikguyiee buat?
Erm nnt next posting saya akan bagitahu.Hari ni xsempat lagi.
Nak kena edit gambar rentetan "perkara" yang berlaku hari ni..

Kalau sesiapa perasan posting saya yang lepas (klik untuk baca)...
Ada kaitannya dengan apa yang berlaku pada hari ini..

Maaf la bukan ingin berahsia or buat suspen tp xsempat nak prepare.
Lagipun esok kena g Kem 2 hari..
InsyaAllah balik dari kem nnt saya ceritakan semuanya.
InsyaAllah..

~sedikit klu ~


Read more...

JOM BELAJAR GORENG TELUR

Sunday, November 8, 2009




Read more...

Nama saja tukar tp orang tetap sama

Thursday, November 5, 2009

PERHATIAN
---------------------

Buat makluman semua saya telah menukar url blog ini daripada www.acchutrasinggahmeta.blogspot.com kepada www.cikguyiee@blogspot.com. Hal ini bagi memudahkan para sahabat untuk mengingati url blog saya.Sebarang kesulitan amat dikesali.Maaf la banyak2 yer.

Read more...

SUDAH POTONG??!!!

Monday, November 2, 2009

Ini bukan iklan pasal internet...
Ini bukan pasal nak cari untung...
Ini pasal realiti sebagai guru pendidikan khas...
Kamilah guru...
Kamilah pendidik...
Kamilah tukang kebun...
Kamilah pakguard...
Kamilah doktor...
Kamilah badut...
Kamilah ibu...
Kamilah ayah...
Kamilah segalanya...
Kamilah GURU PENDIDIKAN KHAS.


Mungkin ada sebilangan anda merasa jijik dengan gambar dibawah ini namun inilah realitinya sebagai seorang guru pendidikan khas.

Bukan semua pelajar mampu menguruskan diri mereka. Ini baru sedikit, belum lagi masuk bab pelajar terkencing malah terberak didalam kelas...

So kepada yang dok bising kata cikgu pendidikan khas kerjanya RELEX, MAKAN GAJI BUTA, XPATUT DAPAT ELAUN RM250 tu pikir2 la sebelum menghemburkan kata2. Kalau nak tahu senang atau susah cuba la relief satu/dua masa kat pendidikan khas.Barulah anda berasa betapa "RELEX"nya menjadi guru pendidikan khas.

"Ramai yang boleh menjadi GURU
namun hanya sedikit yang boleh menjadi PENDIDIK "

Read more...

Gomo Kelate Gomo!!!

Sunday, November 1, 2009

Walaupun saya ni bukan peminat bola namun tetap juga mengikuti serba sedikit ttg dunia yang digilai ramai ni.Setinggi tahniah kepada The Red Warrior kerana telah menamatkan penantian selama 39 tahun untuk ke final Piala Malaysia. Kelantan akan berjumpa Negeri Sembilan pada final yang dijadualkan berlangsung pada 07 November 2009 bertempat di StadiumNasional Bukit Jalil.
Semoga berjaya difinal nanti.GOMO KELATE GOMO!!!

Penyokong setia The Red Warriors Muhammad Afieq Danish (Anak sdaraku yang cute cam pak sdaranya) hehe

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP