Langkah pertamaku telah bermula

Friday, October 30, 2009

Langkah pertamaku telah ku mulakan semalam (30 Oktober 2009 bersamaan dengan 11 Zulkaedah 1430H)..

Kini ku susun lagi langkah demi langkah untuk menuju ke satu dunia yang lain...

Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon semoga langkahku ini tidak tergelincir dari landasan...

Semoga langkahku ini sentiasa berada didalam redhaMu...

Bantulah aku Ya Allah...

Amin...



*?????

Read more...

BASIKALTHON SMKCR 2009

Thursday, October 29, 2009

Gambar aktiviti sepanjang BASIKALTHON SMKCR 2009.
28 dan 29 Oktober 2009
SMKCR - BACHOK - SMKCR







Read more...

DATA SMM..DATA PKHAS

Tuesday, October 27, 2009

~KEHIDUPANKU HARI INI~

Sehari dua ni hari yang sebook bagi saya..macam2 hal kena buat.lagi teruk gigi plak sakit.adeeh.

Tugas paling penat+pening+susah ialah nak masukkan data para pelajar lam SISTEM MAKLUMAT MURID v4.0. Setiap sorang pelajar mempunyai lebih 20 maklumat yang perlu diisi lam sistem tu..No kp,s/b,jenis darah,kp mak bapak,pendapatan...adeh fooning.

Tak cukup ngan SMM v4.0 tu kena plak isi Sistem Maklumat Pendidikan Khas.Kena 2 kali isi bender yang sama lam perisian yang berlanian.

Saya heran la naper la KPM xcombine jer sumer lam SMM.Padahal maklumat untuk pelajar khas dah sedia ada lam SMM.Lau yang xdr satu dua item tu tambah la lam sistem tu.Ingat cikgu xder kejer ke nak ngadap komp dr pagi sampai petang.xcukup ngan tu kena wat balik siapkan kat umah. Bukan sikit data kena isi,pelajar plak ramai.

Pepagi lagi hari ni Saya dah terpacak kat PPD ntuk meeting data pkhas. Kna masuk data lam sistem baru..erm dah terbayang la mcm mana fooningnya nnt.

Petangnya ada lagi satu meeting tapi saya xpegi coz gigi ni dah rasa cam nak meletop.Adeeeh sakit woo.Singgah kat farmasi beli ubat,RM2.30 sebiji.Sambar 10 biji Alhamdulillah pas makan ilang kejap sakit.

Sampai sekolah kena serbu plak ngan bebudak form6 nak mintak sign buku ko-k.Layan..G pejabat jap bagi surat PPD kpd skool. Tengok da surat ntuk PKhas yang berbunyi PERCUTIAN 3Hari 2Malam DI KESEDAR INN GUA MUSANG sambil berMESYUARAT DATA PKHAS SEK MEN NEGERI KELANTAN. (adoi 3 hari tu)."Gembira" rasanya.

Sampai kat PIPKSMKCR kurang sket rasa tensen.erm yummy..nasi ayam ngah terhidang atas meja.anak2 saya masak nasi ayam rupanya hari ni..Makan...

Pas makan terus hadap laptop bagi penerangan sket kat cikgucikgi maklumat yang perlu diaorang isi. Kena xplain bagi paham coz esok n lusa saya terlibat plak ngan BASIKALTHON.

Kebizian saya xberakhir disini...
Lastweek : 21+22okt = meeting s/u ko
Dizweek : 27okt = meeting data pkhas daerah, 28+29okt = Basikalton
Nextweek : 1+2+3nov = meeting data pkhas negeri qlate
Next+nextweek : 7+8+9nov = pkhemahan pkhas negeri qlate

Read more...

Alhamdulillah dapat RM 500

Friday, October 23, 2009

Penjawat awam Gred 41 hingga 54 dapat bayaran khas RM500

KUALA LUMPUR: Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini, hari ini. - Mstar

sumber : http://lagiberita.blogspot.com/

Read more...

BASIKALTON SMKCR 2009 -Poster

InsyaAllah 28 dan 29 ni akan diadakan Basikalton SMKCR 2009. Seramai 100 orang peserta. Dari SMKCR-BACHOK-SMKCR. Maklumat lanjut saya tidak pasti sebab mender ni pon diinform melaui telefon oleh Ustaz Affendi. xdapat maklumat detail sebab Saya kena kursus 2 hari lepas.

Walaupon saya xder kat skol tapi nama saya mmg xpenah xtersenarai lam aktiviti2 skolah.mmg penat tp dah tugas nak wat camner.

Erm ok x poster kat atas ni?Baru je design jap tadi.xder idea la..yang atas tu nampak cam 'seni' sangat. rasanya yang bawah dah ok.xder la 'berserabut' sangat.erm ntah la.


Yang ni plak leh gerak2 ntuk saya letak kat LAMANWEB SMKCR.
Photobucket

Read more...

Cikgu Dulu Cikgu Skarang

Wednesday, October 21, 2009

Saper kata jadi cikgu xsebook?mmg nak kena luku kepala la tu. Semalam kena g kursus PENINGKATAN PROFESIONALISME SETIAUSAHA KO-KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PPD PASIR PUTEH DAN PPD BACHOK bertempat di SMK Sri Aman Pasir Puteh. Stat dari kol 8:30 pagi - 4:30 ptg. Hari ni lagi sehari.. Sepatutnya s/u ko y kena pegi tapi kebetulan plak isterinya baru jer bersalin (tahniah),so saya sebagai penolong s/u ko kena la jadi wakil.

Bukan senang nak jadi s/u. Saya bukan cakap kosong sebab semasa di UKM dulu saya memegang jawatan (s/u) di Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) selama 3 tahun. Memang banyak kerja ditambah pula suasana kerja ala tentera. Lagi la banyak tekanan.

Cikgu sekarang bukan cam dulu lagi (dari segi tugas/perjawatan). Cikgu Sekarang bukan setakat mengajar jer kejernya. Kat sekolah kena pegang macam2 jawatan. Guru kelas, Guru kelab, Guru badan uniform, Guru data, S/u n macam2 lah.

Kepada mereka yang diluar sana yang dok dengki cakap cikgu kejer relex, banyak cuti,bla bla bla tu minta tolong la fahami kami kaji dulu sebelum cakap. Huh lau dengki sangat jadi la cikgu dulu baru korang tahu. Bukan saya nak cakap kerja cikgu ni susah, tp fahamilah bahawa cukup senang untuk mengajar tapi amat sukar untuk mendidik. Mmg la kami ni nampak banyak cuti terutama cuti akhir tahun tapi lam cuti tu pun kami ada aktiviti. Tengok post saya yang lepas (Cuti Tapi Tak Cuti). Cuba tengok jadual saya tu. Buka mata luas2 dan tengok tarikh2 aktiviti tu,ada yang selang sehari je. Nak rehat pun xsempat. So xyah la dok dengki ngan cikgu yer. Lau nak dengki sangat korang tukar la profession,sumer pakat jadi cikgu.hehehe.

p/s: sowi la emosi sket.geram tol coz da orang kat cikgu kejer relex,balik awal,keje kureng, cuti banyak tapi gaji mahal.

Read more...

Perodua MPV

Monday, October 19, 2009






Perodua ada menyatakan akan mengeluarkan model MPV nya hujung tahun ini. Tengah saya surf tenet jumpa la gambar model kereta MPV yang bakal dikuarkan.Nice juga.Tapi harga dier xtau la berapa lagi.Ni ada gambar tentang PERODUA MPV 2009.

Read more...

Cuti tapi tak cuti

Friday, October 16, 2009

Sedar tak sedar dah bulan masuk bulan 10 dah. Sempena Deepavali ni skolah saya cuti 4 hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin).Yahoo....
Tapi masalahnya nama jer cuti tapi tak boleh cuti juga. Kerja berlambak-lamak. Kena buat tu kena buat ni, Skg ni pon ngak siapkan KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM SMKCR. Kena update blog sendiri, blog pendidikan khas, dan laman web sekolah.Laman web sekolah ni kena update setiap hari pada ruangan alumni kerana masa cuti macam ni la lebih ramai bekas pelajar SMKCR yang akan menghantar permohonan untuk menjadi alumni SMKCR.

Tu baru kerja berkaitan dengan sekolah. Kat rumah pun berlambak lagi. Sebernarnya ngah pindah bilik. Berselerak ni. Malas tol nak kemas.

Walaupun sibuk saya tetap heppi.hehehe. Lau saya rasa cam busan je wat kerja tu saya akan brenti jap. Dah ok saya sambung la. Itu la saya.

Erm ni serba sikit kerja / aktiviti saya dari awal tahun hingga hari ni...memang padat tapi dah memang saya dibayar gaji unuk melaksanakan tugas2 ni,so go on la.hehehe

20/01/2009

Perjumpaan Dan Taklimat Borang Prestasi (Peserta)

21/01/2009

Kejohanan Merentas Desa SMKCR 2009 (Pengadil)

09/02/2009

Mesyuarat Penyelasrasan KKP Daerah Pasir Puteh ((Platun Komander SMKCR)

11/02/2009

Taklimat Kem Kepimpinan dan Minggu Disiplin 2009 (AJK)

12/02/2009

Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Siaraya 2009 (Guru Kelab)

14/02/2009

Gotong-royong PIPKSMKCR (AJK)

15-25/02/2009

Latihan Kawad Persiapan Bagi Pertandingan Kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)

18/02/2009

Mesyuarat Agung Badan-badan beruniform kali pertama 2009 (Guru Kadet Polis)

22-23/02/2009

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKCR (Pengadil Balapan)

26-28/10/2009

Kem Kepimpinan Pengawas Dan Penghuni Asrama 2009 (Timbalan Komandan)

28/02/2009

Pertandingan kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh di SMK Padang Pak Amat. (Platun Komander SMKCR)

08/03/2009

Kursus Pegawai Kanan KKPDRM Kont. Kelantan di Bukit Bunga, Jeli. (Peserta)

11-12/03/2009

MSSD Pasir Puteh di SMK Gaal (Guru Pengiring)

25/03/2009

Sambutan Hari Polis di IPD Pasir Puteh ((Platun Komander SMKCR)

26-28/03/2009

Latihan Kawat Pusat Fasa 1 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

07-08/04/2009

Latihan Kawat Pusat Fasa 2 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

08/04/2009

Pertandingan Kawat KKPDRM Kont. Kelantan di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

15/04/2009

Majlis Jasamu dikenang SMKCR 2009 (Menghadiri)

20-21/04/2009

Latihan dan Raptai Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

22/04/2009

Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh *Naib Johan Platun Komander Terbaik KKP Negeri Kelantan)

25/04/2009

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan guru SMKCR 2009 (Pendaftaran Ibubapa PIPK)

27/04/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)

05-08/05/2009

Latihan Tahunan KKPDRM Daerah Pasir Puteh bertempat di Rhu Dato’ Tok Bali (Platun Komander SMKCR)

11/05/2009

Pemilihan Peserta Olahraga Pendidikan Khas Di SKPK Lati (Guru Pengiring)

12-22/05/2009

Latihan pusat kontinjen olahraga pendidikan khas Kelantan di SKPK Lati (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)

24-29/05/2009

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan di Muar Johor (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)

03-07/06/2009

Latihan Tahunan KKPDRM Kontinjen Kelantan di Kuala Krai (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

16/06/2009

Taklimat Pengagihan Elaun Pendidikan Khas dan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (AJK)

16/06/2009

Taklimat Lawatan Sambil Belajar PIPKSMKCR ke Kuala Lumpur (AJK)

21-25/06/2009

Lawatan PIPK SMKCR ke Kuala Lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)

04/07/2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru SMKCR 2009 (Peserta)

08/07/2009

Seminar Pendidikan Khas Sempena Karnival Pendidikan Khas Institusi Pendidikan Khas 2009 (Peserta)

9-12/07/2009

Lawatan Atlit Olahraga SMKCR ke Kuala lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)

30/07/2009

Hari Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa Derah Pasir Puteh dan Kempen menderma darah (Penganjur)

07-08/07/2009

Lawatan Pengawas SMKCR ke Cameron Highland (Guru Pengiring)

13&15/08/2009

Majlis Solat Hajat Dan Gotong-Royong Khas H1N1 (Peserta)

28/09/2009

Mesyuarat Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Kelantan Bil1/2009 (Peserta)

03/10/2009

Kursus Profesionalisme Guru SMKCR Kali Ke-3 (Peserta)

05/10/2009

Sambutan Hari Raya PIPKSMKCR 2009 (Penganjur)

08/10/2009

Pemilihan Pasukan FUTSAL Pendidikan Khas Kelantan 2009 (Guru Pengiring/Jurulatih)


15/10/2009

Mesyuarat Jawatankuasa Fizikal dan Pembangunan SMKCR


Read more...

tak de kejer cari keje

Friday, October 9, 2009

Ngah lepak kat umah abang balik kata ada orang nak wat tukun guna keter kat tepi pantai. Tukun keter amendernya plak?So ntuk mendapatkan jawapan aku g la kepantai yang +-500m dari umah aku.Wow besarnya tukun....

Read more...

Hukum Meniru Dalam Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK)

Thursday, October 8, 2009

SOALAN:
Apa hukumnya meniru dalam PTK?Kalu naik gaji adakah gaji yang kita makan itu HALAL??!!

JAWAPAN:

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)



2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )



3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.



Tindakan

Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.

Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.



Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)



Artikel ini dipetik dari : http://www.zaharuddin.net (Terdapat banyak artikel menarik mengenai persoalan agama dalam kehidupan seharian)


Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP