Tuhan Itu Adil..

Friday, September 25, 2009

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian



* Article ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.


Wallahu ‘Alam

Read more...

Salam Syawal 1430H

Sunday, September 20, 2009



Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan hari ini tiba masanya untuk kita bersama2 menyambut hari kemenangan. Allahuakbar. Semoga dihari yang mulia ini akan terlunturlah segala dosa sesama kita. Saya dan keluarga jua ingin menyusun jari memohon kemaafan jika ada tersalah kata terkasar bahasa,halalkan makan dan minum sekiranya ada.



~Ramadhan telah berlalu..dapatkan kita bersua lagi~

Read more...

SUDAHKAH ANDA????

Sunday, September 13, 2009

Sudahkah anda melaksanakan rukun ketiga daripada Rukun Islam iaitu membayar zakat? Tahukah anda bahawa Zakat diambil daripada perkataan tazakka yang memberi maksud menyucikan. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat. Zakat juga merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Oleh itu marilah kita sama-sama membayar zakat. Bayarlah awal-awal jangan sampai pagi raya baru nak cari pak imam.

SAYA SUDAH BAYAR,ANDA BAGAIMANA?



Read more...

15 MALAYSIA..

Wednesday, September 9, 2009


Video (filem pendek) mengisahkan rakyat Malaysia. Anda pasti tergelak apabila menonton video yang dipaparkan pada lamanweb ni. Saya JAMIN 100%..Hahaha. Walaupun hanya beberapa minit, video kelakar ini dimuatkan dengan input yang amat banyak. Banyak pengajaran yang diselitkan didalam video ni. Jangan tak percaya video ini juga melibatkan MB Kelantan dalam salah satu video. KJ pon joint sekali.Selain itu artis tempatan juga terlibat sama. Jika anda berminat sila ke laman web ni.



*suka video The Tree (YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan) POTONG SAGA, dan HALAL (mmg lucu sampai 2,3 kali tengok)

Read more...

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Sunday, September 6, 2009

Sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan sila bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban seorang remaja yang Koma hampir setahun. Jika anda tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan apa salahnya anda membantu dengan mengedarkan cerita yang menimpa Che Nat ini kepada kawan-kawan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. Insya Allah.

Cerita penuh / sumbangan sila klik disini.

Read more...

DoWnLoad LaGu RaYa KegEmArAn aNdA!!!!!

Jom layan lagu raya. Sebelum tu kena download la dulu. Pilih la nak lagu mana pon. Dari seawal 50'an hingga kini. FREE jer. Meh pakat donlop jangan malu-malu.

Read more...

Pulak Dah..

Thursday, September 3, 2009

Sedang leka update laman web pagi aku dengar telefon mak aku berdering. Mendayu-dayu lagu daripada telefon kecil itu. Baru je nak layan lagu ringtone telefon tu mak aku angkat. Aku sambung kembali tumpuanku kepada kerja-kerja menaik taraf laman web smkcr. Tetiba mak aku ketuk pintu bilik aku bertalu-talu.


"POK MIN EKSIDEN!!!" tu perkataan terpacul dari mulut mak aku bila aku buka pintu. Pulak dah. Tergesa2 aku bersiap nak g tengok. Kemudian tok sepupu aku sampai (ibu pok min). Dah siap semua aku pecut kereta aku ke tempat kejadian. Dia kemalangan semasa lam perjalanan ke sekolah kat Bachok. Tiba je tempat kejadian aku terkejut tengok motosikal dia...teruk ke dia cedera?lau tengok keadaan moto ni agak-agak......

Dia dh ada orang hantar dia ke klinik Bachok. So aku pecut kereta ke klinik pula. Sampai je klinik jururawat kata baru je hantar ke Hospital Kota Bharu. Lam kepala aku dah terbayang macam-macam dah. Tanpa berlengah lagi aku pecut plak ke Kota Bharu.

Sampai je hospital xboleh parking pulang. So aku turunkan dulu mak dan tok sepupu aku. Pusing punya pusing xder gak parking kosong. Kesudahannya aku kena la menapak dari tempat parking di stadium ke hospital.

Alhamdulillah hanya patah pergelangan tangan dan patah satu jari kaki. Masih bernafas lagi pak sepupu aku sorang ni.... Kena uruskan dia sebab xder orang laki. Nak harap tok sepupu ngan mak aku xleh sebab diaorang pun xlarat nak angkat g toilet, kena g daftar, kena itu kena ini..tambah pulak puasa. Tunggu punya tunggu pukul 5 lebih baru leh masuk ward.

Selesai la tugas aku. Seharian la aku dok kat hospital hari ni. Pukul 7.10malam baru sampai. Penat weh..

Read more...

Tanggungjawab-Jadual-Laman Web

Tuesday, September 1, 2009


Walaupun Doktor bagi mc tp itu tidak bermakna aku kena tidur n berehat jer, kewajiban terhadap profession aku tetap kena tunaikan jua. Perkara paling penting ialah kena siapkan jadual waktu untuk 7 orang guru di Pendidikan Khas memandangkan seorang guru telah bersalin.

Nak buat jadual ni bukan mudah (siapa pernah buat tahu la). Kena pastikan semua guru diagihkan jumlah waktu mengajar sama (leh gaduh lau lebih/kureng,mana aci kan), penyelaras dapat 810minit seminggu, setiap cikgu plak dapat 1080minit seminggu kecuali aku lebih sket iaitu 1110minit seminggu (masa lebih so aku ambik senang citer). Pastu pastikan masa subjek cukup untuk semua kelas (ada 5 kelas). Setiap kelas kena ada 1440minit seminggu. pening? tu xmasuk lagi kena adjust xnak bagi cikgu bertindih kelas. Alhamdulillah setelah memeningkan kepala,susun punya susun, main puzzle, tarik2 rambut, urut2 dahi akhirnya siap juga jadual ni. Dah siap buat jadual rasa boring la pula. Kalau dapat g sekolah mesti best...tp xbley la pulop. So aku cari la aktiviti yang berpekdah. Teringat plak Tn. Pengetua kata SMKCR xder laman web. Dia offer aku buat tp aku xnak terima. Takut xsempat nak buat.

Tapi dah boring sangat so aku surf internet, cari domain free ntuk cuba buat laman web. Aku daftar domain pastu buat..xjadik, cari domain lain daftar buat...xpaham, carik lagi domain lain...camtu la. Banyak domain aku daftar n buat sampai fooning dah kepala. Akhirnya aku jumpa domain free dan friendly user. Alhamdulillah aku try buat nampak ok la gak. ni alamat dia http://smkcr.weebly.com/

tp laman web ni aku ngah bina so banyak lagi la lopong.Jus baru buat kerangka. Banyak lagi kena isi. Xper aku buat slow2. Dah 19 tahun SMKCR ditubuhkan namun xder laman web lagi (ada satu dulu tp xjadi sangat). InsyaAllah here i come!!!

Bila lagi nak berjasa kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU. Sekolah yang memberi banyak jasa dan kenangan kepada aku. dari form 2 hingga upper 6 aku belajar kat sini. Dahtu mengajar pula kat sini. Bila lagi nak membalas jasa, ni la masanya....InsyaAllah akan ku siapkan laman web tu secepat mungkin. Doa2 kan la. Lau ada apa2 cadangan leh bagitau kat ruangan chatbox kat laman web ni http://smkcr.weebly.com/.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP