JANGAN PANDANG BAWAH!!!!

Sunday, August 30, 2009

Memang lumrah manusia..tidak pernah bersyukur ketika diberikan nikmat oleh Yang Esa, Namun apabila nikmat tersebut ditarik walupun sesaat sahaja barulah dia sedar betapa besar dan bermaknanya nikmat tersebut. Mungkin itu caranya Allah ingin menguji hambanya yang lalai,leka jauh sekali ingin bersyukur diatas nikmat yang dikurniakan olehNya.

Aku juga manusia biasa yang sering lupa, lalai, leka dan jarang bersyukur. Alhamdulillah Allah sayangkan aku kerana mengurniakan ujian supaya aku tersentak dari lamunan ku. Baru la aku rasa nikmatnya lau xsakit,betapa nikmatnya lau xsakit mata..berair,gatal,rasa cam menyucuk setiap kali pandang kebawah, setiap kali rukuk dan sujud.

Allahhuakbar..keluar juga nama suci itu dari mulutku apabila menahan sakit. Jika tidak sakit belum tentu nama suci itu keluar dari mulutku. Ingat lagi dulu ustaz kata jika Allah memberi ujian bermakna Allah sayangkan hambanya, supaya hambanya tahu bersyukur,supaya hambanya sedar...Alhamdulillah ini bermakna Allah masih sayangkan aku..Firaun tidak pernah diberikan sakit oleh Allah. Oleh itu dia mula riak, bongkak, lupa siapa penciptanya malah lupa diri sehingga mengaku dirinya tuhan. Akhirnya Allah menurunkan siksaan yang amat dasyat kepada Firaun. Jadi sakit itu adalah rahmat dan nikmat daripada Allah kepada kita. Supaya kita sentiasa ingat, tidak lupa.. Namun sebagaimana manusia biasa yang lain,mereka mudah lupa,hanya mengingati Allah kala sakit cuma.Apabila sudah sihat mereka lupa..Ya Allah jadikanlah daku sebagai hambaMu yang bersyukur dengan kurniaan lautan nikmatMu. Jadikanlah daku, ibu bapa ku, keluarga ku, guru-guruku, kawan-kawanku,pelajar-pelajarku, jiran-jiranku, pemimpin-pemimpinku, sebagai manusia yang tahu untuk bersyukur diatas limpahan nikmatMu. Amiin.

Doktor bagi cuti 2 hari..kejer kat skolah banyak lagi lo..jadual ntuk 7 org guru blom siap. Kena adjust jadual sebab seorang guru dah selamat melahirkan anak.

Read more...

bangun!!!g sekolah!!!

Saturday, August 29, 2009

Hehehe..
Setelah bercuti selama seminggu skg tiba la masanya ntuk kembali berkhidmat kat sekolah. Walaupun sepanjang cuti lam 2,3 kali juga aku g sekolah. Jenguk kebun dan tengok progress pekerja tengah buat pendawaian semula kat blok aku. Uih bersepah. So rasanya perkara pertama pelajar aku kena buat hari ni ialah bersihkan kelas n kawasan kelas sbb aku tengok bersepah sangat. Kesian kat palajar aku ni dah la puasa. Tp xper Allah kan suka kepada bersih,so Insya Allah nnt dapat ganjaran daripada Allah yer murid2.(tu la kata2 perangsang kat diaorang nnt.hehehe).
Mmg semangat nak g skolah tp bila nak g sekolah perkara yang paling malas sekali ialah....ada sesaper x yang rajin tolong gosok baju..ermmm malasnya nk iron baju.rasa cam nak sambung tido ajer.

Read more...

Perisian yang WOW!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ngah borink tahap cipan petang tadi, xtau nak wat per so surf tenet jer..TETIBA aku jumper satu perisian yang WOW!!!aku ni mmg jenis yang giler kat perisian ntuk edit2 gambar ni n perisian ni leh di jadikan sebagai koleksi perisian aku la.Hasil daripada perisian yang diberi nama BoxShot3D...ni la dia...tadaaaa.....

Read more...

HANTAR GAMBAR SENDIRI KAT COMMENT FS.

Tuesday, August 25, 2009

Dah lama aku dop citer pasal it nih..ramai yang tanya camner nak letak gambar sendiri ntuk dijadikan sebagai comment kat FS cam aku buat ni.
sonang saja tu..ikut step by step yang cikgu nak ajar ni yer.memula korang edit gambar korang menggunakan Adobe Photoshop (xreti guna?aduh nnt aku buat tutorial lain ntuk AP ni)Design cecantik.tp ingat ukuran gambar jangan terlalu besar sbb akan melambatkan proses 'loading' gambar tu nnt bila korang post kat FS. Ukuran ideal adalah (400 x 500 atau 500 x 400).Lagi kecik gambar lagi cepat loading.xder la member korang berjanggut nak tunggu gambar aper yang korang sent kat dier.hehe

ni contoh gambar yang aku edit guna Photoshop
Dah siap edit n save gambar tu tiba masanya untuk korang upload plak ntuk dapatkan HTML gambar tu.So caranya adalah buat satu akaun PERCUMA kat www.photobucket.com.
Dah siap buat akaun. Korang tekan butang UPLOAD IMAGES & VIDEO.
Cari kat mana korang simpan gambar yang korang nak upload (yang dah edit guna AP td).dah jumper klik pada gambar tu n tekan open.
tunggu la photobucket tu upload gambar korang.tunggu...nnt keluar camni.
tekan RETURN TO ALBUM...pastu klik atas gambar.

paparan ini akan keluar
copy pada HTML CODE kemudian paste kan pada comment FS anda.

SIAP!!

Harap korang paham.rasanya dah detail dah aku xplain ni.lau xpaham gak jangan memalu nak bertanya yer.

Read more...

Buka pose

uih bez buka pose ari ni..biasa aku nk mymum jer buka pose kat umah.hari ni abg2 n akak2 aku joint samer.meriah sket!gamat sket umah ngan kehadiran anak2 sdara aku.

kelapa muda
fresh dari pokok

Read more...

KEPUTUSAN RASMI PRK N11

Keputusan rasmi.
PAS menang.
buat kali ke7 nya BN kalah dalam PRK..ape kes?

Read more...

Medical Checkup

Sunday, August 23, 2009

Semalam pepagi lagi aku dah terpacak kat Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Nak buat medical check up untuk tawaran perlantikan. Tunggu punya lama baru la dia panggil ntuk isi borang. Pas isi borang kena g plak x-ray. Nasib kejap jer.Pastu kena buat urine test.Mak ai...lama aku nunggu.ngatuk dah.

Nasib time tu ada kawan aku datang jumper jap.ilang borink sket.abg y jaga kaunter cakap kol230 baru datang ambik..loo....time tu baru kol 1230.xkan nak balik kot.lau bukan time pose leh la g makan2 ke or round2 dulu.nak xnak aku tunggu je la.

badan penat mata kuyu.so g 'rest' jap kat surau.mak aih ramai tol ngan 'rest' ni.so aku joint skali la.bangun tido lam kol2 lebih terus solat zohor dulu.kendian g ambik result.kena g tunggu plak Doktor nak wat ujian mata n kesihatan.Punya lama tunggu nurse panggil.ambik berat,ukur tinggi n test colour blindes.pastu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lagi....baru la doktor panggil check kesihatan.

pendek kata semalam kehidupan aku kat sekitar Hospital je la.Menda xsampai sejam leh siap buat tp aku kena tunggu seharian suntuk kat hospital...salah saper?ntah la belalang.


*lain kali g klinik swasta je la.kena bayar sket.tp masih berbaloi dengan waktu y terbuang tu..

Read more...

Kenangan puasa dulu-dulu

Teringat puasa kat kolej. Best plak rasa kenangan tu (time tu bukan main sedis).Puasa ngan kawan-kawan, jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh dari famly.Buka ngan kawan,sahur ngan kawan, terawih ngan kawan,nangis sorang2 (mana ada juz sedey jer).Petang2 konvoi g bazar ramadhan kat bandar baru bangi,pastu buka pose kat bilik kawan2 (kat bilik aku la paling kerap),pastu time sahur sumer konvoi g kedai mamak plak.kenangan tu.Skrg ni memasing dah berkerjaya dah.Hope kenangan indah tu kekal lagi kat sanubari korang.Luv uols lah!!

hidangan wajib-roti john + soya cincau+korok ayam

kawan y paling kerap buka pose kat bilik aku.haha.zliey(skg ngajar kat smk song sarawak)

buka pose ala kadar jer,sekadar duit yang ada.hehe
*gambar ni diambil masa Ramadhan tahun 2007

Read more...

myHome

Saturday, August 22, 2009


Setelah lama dok buat ini la hasilnya (80% siap) umah aku skrg.xsiap lagi cat ni.tp lau nak wat raya dah kira ok la ni.

Read more...

Salam Ramadhan-Download mp3 sempena Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ummat Islam di seluruh dunia.Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan yang sudah.Hargailah Ramadhan ini kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Download Nasyid Ramadhan:
Hijjaz&Aeman-Ramadhan bulan puasa
AchaIrwansyah-Kala Adzan
AchaIrwansyah-Menuju Puasa
Rabbani-Hikmah Ramadhan
Raihan - Harapan Ramadhan
Raihan ManBai-Harapan Ramadhan
Raihan-Ikhtibar Ramadhan
Opick - Ramadhan Tiba
Unic-Muhasabah Ramadhan

Read more...

Ganjaran Solat Tarawih

Thursday, August 20, 2009

Malam : 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam : 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam : 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam : 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam : 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam : 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam : 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam : 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam : 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam : 10 Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam : 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam : 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam : 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam : 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam : 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam : 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam : 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam : 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam : 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam : 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam : 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam : 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam : 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam : 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam : 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam : 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam : 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam : 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam : 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam : 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu : makan!”


*credit to http://ibinblog.wordpress.com/2008/09/05/ganjaran-solat-terawih/

Read more...

Solat Tarawih

Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadhan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Iman Al-Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Bilangan Rakaat

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Artikel ini dipetik daripada Wikipedia

Read more...

Cat...Cat...Cat...xsudah-sudah lagi...

Tuesday, August 18, 2009





Huh xselesai lagi kitorang dok mengecat umah...bukan xleh wat cepat tp memasing sebook ngan kejer..so asyik delay jer..ape pon kena wat cepat2 sebelum sampainya bulan Ramadhan Al-Mubarak.Penat wooo lau nak mengecat time pose.

Read more...

Bola Sepak

SMKCR FC

16 Ogos 2009
Pasukan SMK Cherang Ruku FC telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan SK Che Deris FC bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Bandaraya Islam. Perlawanan bermula pada jam 5.00petang menyaksikan perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan. Keputusannya berakhir dengan SMKCRFC-0 SKCD-2.Walaupun kalah namun para pemain tetap hepi coz ni kali pertama bermain bola sepak kat stadium ni.Lepas solat maghrib SMKCRFC ramai-ramai serbu kedai makan kat belakang pantai timur.Pekena nasi kerabu special.Thankz to Ustaz Sffendi kerana xpernah jemu untuk belanja makan.hehe.

USTAZ SEMPAT TEST POWER
JADI PENGURUS JE LA..HEHE
BUDAK-BUDAK MILO

Special thankz to Cikgu Napi(http://www.naqmaz.blogspot.com/)coz ambik gambar2 ni.

Read more...

Kemas umah

Friday, August 14, 2009

berselerak umah aku...almaklum la baru lepas mengecat..kat dalam dah siap kt luar jer blom.ngah tunggu cat,kena order dulu coz xder stock.

penat gak nak kemas ni tp rilek sambil update blog jap.huhu.

ok la xleh lelama..nk g kemas..abg dok bising dah panggil.br nak relex jap..ape da..

Read more...

SEJUKZ!!!

Tuesday, August 11, 2009

Sebook sampai xberkesempatan nak jenguk blog..sibuk dok siapkan jadual waktu coz da cikgu baru dtg 2 org.fooooning dok susun jadual dari lastweek lagi.finally alhamdulillah siap gak hari ni.

Lam sibok dok siapkan jadual kena plak jadi guru pengiring ke CH.Dah la g hari jumaat pastu balik plak ari sabtu.ponat weh.tp org dah mtk tolong so aku g la jugak.



Read more...

Amalan pelindung wabak merbahaya - H1N1

1. Dalam kitab doa-doa yang ditulis oleh Asy Sheikh Ibni Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi Rahmatullah Alaih (seorang murshid) ada satu doa yang sangat mashur di kalangan orang-orang zaman dahulu iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti taun,selsema burung,penafasan akut,selesama babi @ H1N1 dan lain-lain jenis penyakit berjangkit.
Inilah doa pelindung bagi semua jenis penyakit berjangkit maut.
لِيْ خَمْسَةٌ أُطْفِيْ بِهِا * حَرَّ الوَبَاءِ الحَاطِمَةْ
المُصْطَفَى وَالمُرْتَضَى * وابْنَا هُمَا مع فَاطِمَةْ

Ada lima bagiku, dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi Yang Terpilih, ‘Ali Yang Diredhoi, Faathimah, kedua anak mereka (Hasan dan Hussin).
2. Selawat Bagi Menolak Wabak Taun (Wabak Yang Menular) - Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahUllah menyebut dalam "Sa`aadatud Daarain" halaman 629 akan satu lagi faedah bagi menolak tha`un (wabak berjangkit/menular) dengan berselawat dengan untaian selawat seperti berikut:-
Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Junjungan Sayyidina Muhammad dan atas keluarga baginda; Selawat yang Engkau tolakkan (hindarkan) daripada kami dengan keberkatannya akan segala serangan penyakit dan wabak penyakit. Wahai Tuhan yang urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu memadai Dia berfirman "Jadi" maka jadilah ia (tamsil bagi kehebatan dan kekuasaanNya yang mutlak).
3. Membaca surah Yaasin. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar رحمه الله, murid al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad رضي الله عنه dalam karangannya Tatsbitul Fuad yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ada berpesan dengan katanya:-
Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan “Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi.” Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
5. Bacalah zikir:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
(Bismillahillazi layadurruma'asmihi...sampai habis)
InsyaAllah bagi yang istiqamah membacanya 3x pagi dan petang akan terhindar dari bencana, wabak dan sebagainya. Dan kalau terjangkiti sekalipun, insyaAllah tidak memudharatkan melainkan sudah ajal.
Beramal dan pohonlah dari Allah s.w.t dengan seilkhlas hati.Jgnlah berdoa dan beramal semata-mata takut kepada selesama babi, tetapi beramal dan berdoalah kepada Allah s.w.t kerana DIA yang berkehendak dan maha pengasih lagi penyayang..
Wallahu Ta'ala Bissawab..


ihsan:http://nurnawwarnawwirnawirah.blogspot.com/

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP