Tahniah

Friday, April 9, 2010

Berbaloi usaha kita selama ini...

Read more...

"TAHAN TAUT"

Saturday, April 3, 2010

Tahan taut" ni cam memancing la, tp mata kail n tasi diikat kat pelampung,pelampung tu plak diikat ngan tali rafia.pas letak umapn tinggal jerk.nnt lam 2,3jam pastu g tengok la dapat ikan ke x..ni aktiviti ntuk mengilangkan borink coz asyik dok kerje jer..anyway banyak gak hasilnya.

Read more...

BESDAY AFIQ

Selamat hari lahir to mybeloved nephew. Mohammad Afiq Danish yang comey (cam uncle dier) kini dah berusia satu tahun.

Read more...

Kerja 6 Hari Seminggu

Saturday, March 27, 2010

Musim sibuk cikguyiee dah bermula dah..
Minggu lepas kerja hari sabtu...
Minggu ni kerja hari sabtu...Minggu depan pon kerja hari sabtu..

MINGGU LEPAS

-Kena Kursus Special Olympics kat HUSM Kubang Kerian selama 3 hari (20-22Mac)
-Bengkel sampai kol +-5 ptg.pastu bawa keter lelaju (+-30minit from KB to SMKCR) kena tengok plak kedet aku dok buat latihan kawad kat skool.
-kol 7 lebih baru sampai umah.
-nasib wife sporting n memahami xbebel .thankz cayang.
>>More pic about Bengkel Special Olympics plz click here<<

Lepas Kursus Special Olympics 3 hari kena plak g kena jadi guru pengiring/jurulatih atlit ke Kejohanan Olahraga Kali Kedua MSSD Pasir Puteh 2010. (23-25 Mac 2010)
>>More pic about MSSD plz click here<<

Tahniah kepada para atlit dan jurulatih (cikguyiee pon jurulatih gak-tahniah ntuk diri sendiri..hehe) kerana SMKCR muncul sebagai JOHAN dengan kutipan 20 Emas.

MINGGU INI
-Kerja Hari sabtu (Hari ni)..Mesyuarat PIBG.
xsempat nak upload gambo lagi

NEXTWEEK
-Pon kejer hari sabtu.Ada Petandingan kawad KKPDRM Daerah Pasir Puteh.


Cikguyiee:Saper kata cikgu xsibuk meh sini aku luku kepala dia 15478kali.


Read more...

Facebook

Sunday, March 7, 2010

Memandangkan skg ni aku mulai sibuk so xsempat nak update blog hari2 coz nak post kat blog lambat sket.kena log ini.kena klik tu taip ni tekan tu. so skg aku banyak update mealui facebook jerk.so lau bminat kowang leh la lawat facebook aku ntuk latest info about mi.

Read more...

TOP SECRET : KAJIAN KES : Kenapa Aku Makin Bulat Lepas Kawin...

Monday, March 1, 2010

"Makin bulat ko skarang pas kawin..."
"Amboi bahagia pas kawin badan makin kembang"
"Selera la makan sejak ada bini yer.."
tu la antara kata2 yang sering kedengaran kini bila member n cikgu cikgu jumper aku skg..2,3 ayat kat atas tu xper lagi..sedap lagi didengar.tp bila pelajar pendidikan khasku yang 'jujur' bersuara....
"cikgu ni makin boroi la" "kenapa perut cikgu makin buncit?"

adeeeh pedih cuping telinga aku...
Betol ke aku makin "membesar" atau pakaian aku yang makin "mengecil" kerana kesan sampingan apabila dibasuh secara berulang2 menggunakan mesin basuh automatik 14kg berjenama toshiba yang dibeliku hampir setahun yang lalu?

Nak tak nak kena terima kenyataan juga bahawa aku semakin 'membesar' atau kata pelajar ku aku semakin boroi...
Sebelum aku kawin berat badanku adalah sekitar 70kg. Lepas kawin xberani lagi nak timbang takut rosak...

Ni la 'transformasi' tubuhku dari dulu sampai sekrang...
masa ni berat aku 45kg jermasih 'ramping'
aiyo...

Erm nak buat camner pas kaween wife aku slalu jer masak sesedap.xmampu aku nak menolaknya.paling tidak kerepek satu bekas ada kat atas meja...ngah ngadap comp tetiba sampai tea o ais/carrot susu/air tembikai/paling koman ais kosong kompem ada.
Nak wat camner dah wife suker masak.
cam hari ni..balik skool makan nasi..petang minum air sirap pandan,malam makan nasi,pas makan nasi digorngnya plak ayam KFC dan ubi kentang, tambah plak ngan air yeo's kacang soya, pencicicah n mayonis...abis sepinggan.

so siapa yang harus dipersalahkan?AKU yang suka makan..myWIFE yang suka memasak?mak aku yang suka membebel (huh? cayang mak)

~Anyway terima lah aku seadanya aku~

Read more...

KOT

Friday, February 26, 2010

Alhamdulillah Kejohanan Olahraga Tahunan SMKCR telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama. Berikut merupakan gambar2 sepanjang KOT berlangsung selama 2hari.Guru dan PPM menyiapkan banner untuk khemah PPKISMKCRTompang ambik gambo je ni..heheGandngan mantap Hakim Pelepasan.Penat lo..setiap acara balapan wajib ada kitorang berdua yang ensem ni.hilang suara..Ke garisan...!!!sedia....!!!!PAAM!!
Anak2ku dalam acara 100m (PKhas)
Relex jap
Rombongan meminang dari Pend Khas ;)
Syabas dan terima kasih kpd 4org anak didikku kerana mjlnkan tugas dgn jayaKadet Polis..aduuh kawat ntah apa-apa ntah..berterabur...siap la kowang pasni aku lanyak cukup kawad korang!!!Anyway congraz kerana mberi kerjasama.


Read more...

Kasi Berasap Berapi!!!

Tuesday, February 23, 2010

Cuti sekolah sibuk...dah sekolah Lagi SIBUK.
macam2 kena buat
perkara wajib kena buat cam selalu
LATIHAN KAWAD KADET POLIS
leh katakan tiap2 petang
Balik skool kol 0230,solat,makan,relex jap pastu g skool balik kol 0400 ntuk latih kawad.sampai la kol 0600
Aper yang pelajar buat aku akan turut serta
terpekik terlolong xyah cakap la,sampai serak tekak ni
jgn xcaya suara aku memekik bagi hukuman kawad leh dengar lebih dari 4blok bangunan (da cikgu y bagitau aku soh slow sket)
tp dah namanya KAWAD kena la suara kuat..lain la lau KHALWAT..suara berbisik2 jerk.ops..

ni gambar 2009.xsempat lagi nak ambik gambar 2010.sebook katakan.hehe (tp gambo aku xder coz aku yang ambik gambo ni)


Sebelum latihan buat larian 1atau2 keliling sekolah.aku pon joint sama.tp lau dua keling leh takat satu keliling je la.semput wo..heheparaskan skuad elok2
ok start kawad. Meh gegarkan medan perhimpunan dengan ngauman suara cikguyiee!!biar berasap berapi hentak kaki atas tar!!!saper yang degil/cakap time kawad/main2 ni la jawabnya..walaupun sowang jer yang buat salah sumer kena.One for All,All for One..Right?uiks heppinyer dah abis latihan kawad sampai melompat2 korang ni..
kawad..kawad gak tp solat Asar jangan lupa nak tunaikkan.

99.9% kebarangkalian aku akan turun lau ada latihan kawad.dah sebati dah kawad ni lam jiwa aku.best wo...walaupun penat,melecet kaki,tegang urat namun aku suker n heppi.



TUGAS CIKGUYIEE MINGGU NI
1) Ketua Guru Bertugas Mingguan
2) Urus Kawad Kadet Polis-Latihan harian
3) Urus Kawad Kadet Polis-Perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
4) Urus Kawad Pembawa Bedera KOT
5) Urus Perbarisan Pend. Khas sempena KOT
6) Urus senarai nama peserta Pend.Khas y mengambil acara dalm KOT
7) Urus medal untuk Pend.Khas (edit guna photoshop n tampal kat medal)
8) Ketua Hakim Balapan
9) Malas la nak tulis nnt kowang kata aku merapu plak.tp ni betul2 xtipu nyer..tipu dosa taw.

Amacam?tu la nak update blog sehari dua ni pon xsempat.Akhir kata renungilah kata2 ini..

RAMAI ORANG YANG BOLEH MENJADI GURU TETAPI HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG BOLEH MENJADI PENDIDIK.

Read more...

update

Friday, February 19, 2010

sebook memanjang walaupun cuti..nak update blog pon xsempat.

Read more...

Bakar Ikan

Sunday, February 14, 2010

Time cuti cam ni la masa ntuk bersama famly
memacam xtvt leh dibuatt
famly MEK HASSAN (mymom) berkumpul bberapa ari lepas ntuk

BBQlebih 30 org hadir.MERIAH woo...gumbira woo dapat kumpul ngan adik baradik,anak sedara,pak sdara,sepupu sepapat,ipar duai, mmg meriah.bakar ikan n sotong pastu makan reramai.

Bakar jgn xbakar.Sotong ada ikan ada..pilih nak makan pa..MEK sebook melayan cucu-cucunya
aku?tokang ambik gambo je la..
Memalam xnampak aper la..lau siang hari ni la panorama kat kampungku..Pelabuhan:tempat carik ikan n sotong segar ntuk dibakar!!yummy
(5minit je dari umah aku)Ikon TOK BALI..replika kapal C2Jambatan TOK BALI..Pantai TOK BALI..depan umah aku jerk.jalan kaki kejap terus leh mandi pantai
(tapi dah lebih setahun aku xmandi pantai-xsuker)

Read more...

ME and WIFE

Friday, February 12, 2010

Dah ramai yang request
nak nengok gambo
wife
aku..ni dia....



Read more...

New Mitsubishi Lancer GT 2.0 only RM35K !!!

Saturday, February 6, 2010

Saper nak Kereta Mitsubishi Lancer GT 2.0 hanya RM30K. Lagi murah dari Proton Saga,Gen2,MyVi, n sumer keter "buatan" Malaysia tercinta...
x tipu la...nih tengok ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
senarai harga keterdokumen kat port
klik pada gambar jika kureng jelas

Hanya RM 35,514.00 harga untuk sebijik kereta yang berteknologi tinggi,tahan lasak, berkualiti, dan mempunyai ciri2 lain yang ummmph..tapi tu harga sebelum AP lah..selepas AP korang tau2 la..so terpaksa la SATU MALAYSIA guna kereta "buatan" Malaysia yang berteknologi tinggi. Yang paling ketara sistem power window yang TERLALU canggih..baru jer guna sebulan dua dah kena baiki.Syabas kepada PROTON dan PERODUA diatas "R&D" bagi menambah baik power window dll.

-ini bukan blog hina sultan
-bukan juga blog hina PROTON
-bukan juga blog hina PERODUA
-so jangan la saman saya
-just merasa terhina diperlakukan begini
-so nk berkongsi kot2 ada lagi mereka y merasa terhina spt saya.....

Read more...

LIWAT..DILIWAT...MELIWAT...TERLIWAT??hati-hati...

Friday, February 5, 2010

sumber : Ustaz Zaharuddin


Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

sumber : Ustaz Zaharuddin

~ tutup molot..jgn cepat nak sebar fitnah, reka cerita...

Read more...

Huh betol ke ni?cam xcaya la plak...


Muakahkah..memacam da..

Read more...

PANAS!!AKSI GELEK GERUDI

Monday, February 1, 2010

Ambik korang!!!saper yang berani celen anak murid aku yang sowang ni?!!Gelak besar aku dok layan gelagat anak2 murid aku ni. Ni kes xpueh ati senamrobik la.sumer orang dah penat (termasuk la cikgunya yang hensem ni) tapi si Yus ni xnak brenti lagi.Huh joget sampai puas hati la.

Last2 reti jugak ko rasa penat ek.hehe

~more about Pendidikan Khas SMKCR click here~

Read more...

RM100!!!Saper nak?

Sunday, January 31, 2010

Dulu daftar JUTAWANKLIK, promote jap pastu biar jerk coz sibuk..Tadi bukak e-mail n dapat satu email daripada CIMB. Alhamdulillah balik modal walaupon dah lama xpromote link. lau berminat leh daftar n dapat 10sen setiap kali orang klik link anda. Huh 10sen jer?Nampak sikit tapi lau 10orang klik sehari dah rm1.Lau sebulan dapat rm30.xder la banyak sampai kaya raya tp dah lepas duit topup tu kira ok la..tu baru 10 org klik,lau 20?30?50?100??1000??? kira la sdirik.hehe.Lau berminat klik sini reramai.

Read more...

Perhatian Semua Orang Kampung!!!

Friday, January 29, 2010

Perhatian kepada semua!! SMK Cherang Ruku akan mengadakan aktiviti MERENTAS DESA atau nama barunya LARIAN SATU MALAYSIA (1malaysia lari??ramai tu..hehe). Terbuka kepada PELAJAR SMKCR SAHAJA. sesapa bukan pelajar SMKCR tapi berminat nak joint sila la jumpa Pengetua sekolah kowang masing2 mintak tukar ke SMKCR (baguih punya idea). Larian ini akan berlangsung pada 06 Februari 2010 pada hari SABTU (hari ganti persekolahan ntuk raya cina)
Buat banner simple jerk ntuk war-warkan kat laman web n facebook SMK Cherang Ruku. Kena jadi Ketua Penjaga Masa dan AJK Dokumentasi time tu..Terimalah banner ini seadanya.Xsempat nak edit chantek2..

Read more...

Anak-anakku

Sunday, January 24, 2010

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya Program Amali Solat PIPKSMKCR hari ini berjalan dengan jayanya. Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman solat kepada anak2 istimewa ini. So setiap hari ahad para guru,ppm dan pelajar PIPKSMKCR akan mengerjakan solat zohor berjemaah di masjid sekolah. Ni da beberapa gambar yang sempat cikguyiee snap sepanjang program ini...

Cikgu Din (Penyelaras a.k.a Boss Cikguyiee) membetulkan takdir pelajar
Pelajar perempuan tidak terkecuali (kecuali yang terkecuali tu la)hehe

Adeh Samsol naper la sujud tangan dok camtu?Malu ah!satu donia tengok blog cikguyiee ni..

Loo..ni lagi teruk.Cikguyiee memohon kemaafan kepada para pembaca blog ini diatas kelucahan yang dipaparkan oleh Ucop ni.

Huh macam2 aksi anak cikguyiee ni. Saper kata jadi cikgu senang?meh coba lau nak tau.

p/s:jika ada kelapangan sudi2kan melawat blog PIPKSMKCR

Read more...

BUSAN..

Friday, January 22, 2010

xtaw nak post aper
so post gambar sdirik
hehe
ntah apo2 la cikguyiee ni~gambar lam bilik guru hari khamis lepas, sempat jer pose jap sambil tulis lesson note~

Read more...

MISS U A LOT

Wednesday, January 20, 2010

...lama kita tidak bersua...
...aku rindu senyumanmu...
...aku dambakan ciumanmu...
...aku inginkan pelukkanmu...
...bila aku ketemumu...
...ingin aku cium pipi gebumu...
...inginku peluk erat tubuhmu...
...kerana aku amat menyayangimu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


...oh anak sedaraku...
...lama xjumper anak sdara aku ni...
...skg dia kat kl ngan mak dia...
...parent cerai anak jadi mangsa...
...aku pun jadi mangsa gak...
...waa windunya kat ko...
...nik nasrul fariz...
...balik ek...
...cian...
...kat..
...pok sue..

Read more...

DiNg DonG!!!

Wednesday, January 13, 2010


...Adeeh fooning kepala...
...banyak kerja kat skool...
...dok ngadap laptop jerk...
...buat jadual...
...isi data...
...n of course ngajar....
...adeeeh tulun...
...da sesaper leh bantu...
...
...
...
...
...jalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh rasa tanggungjawab...

Read more...

HADIAH

Wednesday, January 6, 2010

Alhamdulillah walaupun dah hampir sebulan cikguyiee diijabkabulan tapi still ada yang menghulurkan hadiah kerana tidak sempat hadir ke majlis kenduri kat rumah cikguyiee.Terima kasih kepada Hajjah Roslawati kerana bagi hadiah ni...Beliau xsempat nak hadir kerana ngah mengerjakan Haji ditanah suci Makkah..Beliau ni merupakan guru cikguyiee tau.Mmg baik.Time sekolah dulu we ols panggil beliau dengan gelaran "Mummy"..mmg sifat keibuannya terserlah dan berterusan sehingga kini.Terima kasih MUMMY!!!Terima kasih Hajjah Roslawati..Luv u sooooo much.Hadiah dari Makkah Mummy bagi kat cikguyiee.Thankz again.

Read more...

MALAM PERTAMA

Sunday, January 3, 2010

Ops..silap tajuk da..bukan MALAM PERTAMA tapi HARI PERTAMA..hehe..merujuk kepada hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2010. Malam tadi tidow kol 3 lebih..pagi tadi tersedar kol 6:08pagi..Aper lagi kelam kabut dibuatnya. Nasib la pakaian semua dah siap wife iron. Tahnkz sayang.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Cuma cikguyiee mengong sket dok edit jadual. Memula buat jadual ntuk 7 orang guru dan 5 buah kelas tp da plak kabo angin sepoi2 bahasa kata esok ada 2 orang cikgu baru akan lapor diri. So cikguyiee pon STOP la dulu bat jadual tu ntuk memastikan kesahihannya.Lau teruskan buat kena edit gak nanti. So letek tepi dulu,guna jadual lama.

Pepagi lagi cikguyiee dah menunjukkan kebrutalan dengan memotong secukup rasa rambut budak2 yang panjang. Pantang tol. Tambah plak rambut terpacak cam duri landak. lau cicak jatuh atas rambut kompem mampus xsempat nak tobat. Memacam la kowang ni. Tapi cikguyiee still cool menjalankan kewajiban sebagai seorang pendidik. Seingat cikguyiee xpernah da budak yang marah lau cikguyiee denda,gunting rambut, lempang (kes bawa rokok). Ya la nak denda bebudak ni kena pakai ilmu psikologi gak. (cikguyiee dapat A ntuk psikologi pendidikan time kat UKM dulu-riak?) Jangan dok main nak rembat jerk.Alamatnya calar la keter tu nnt. Time ok kena la masyuk ngan bebudak tu, time bebudak tu buat salah rembat la. jangan bagi pelajar takut tapi biar pelajar hormat kat kiter.

Apa la cikguyiee bebel ni dah melalut berjela2 dah...

Cikguyiee kelihatan hensem ngan tema HITAM+MERAH pada hari pertama.hehe (naik lif tekan sdirik nak naik tengkat baper)

Read more...

2009 yang XXXX

Friday, January 1, 2010

2009 telahpun melabuhkan tirainya..sedar tidak sedar dah setahun aku berkhidmat dalam dunia pendidikan. Rasanya baru jer pegi laor diri kat pengetua..mungkin juga aku seronok dengan bidang ini sehingga tidak sedar masa yang berlalu.mungkin juga kerana kesibukan.walaupun tahun pertama berkhidmat namun aku telah diberi kepercayaan untuk memegang banyak jawata,buka setakat disekolah tapi juga di peringkat daerah malah diperingkat negeri.Antara jawatan yang aku sandang sepanjang 2009 ialah:

PIPK
1. Guru Tingkatan PIPKSMKCR
2. Guru Data PIPKSMKCR
3. Guru Disiplin PIPKSMKCR
4. Guru ICT PIPKSMKCR (Blog)
5. Jurulatih Olahraga PIPKSMKCR

SEKOLAH
1. Guru Penasihat Kelab Siaraya
2. Guru Penasihat Kor Kadet Polis
3. Platun Komander Kor Kadet Polis
4. Penolong Setiausaha Ko-Kurikulum
5. AJK Majlis Sukan Sekolah
6. Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan Ko-Kurikulum
7. Jawatankuasa Data Ko-Kurikulum
8. Jawatankuasa Fizikal dan Pembangunan Sekolah (Perabut)
9. Webmaster Laman Web Sekolah

DAERAH
1. Platun Komandan Kor Kadet Polis Daerah Pasir Puteh
2. Setiausaha dan Dokumentasi Kor Kadet Polis Daerah Pasir Puteh

NEGERI
1. Jurulatih Olahraga Pendidkan Khas Negeri Kelantan

Jawatan yang disandang banyak so tugasan n aktiviti pon banyak gak la..

JANUARI
20/01/2009
Perjumpaan Dan Taklimat Borang Prestasi (Peserta)
21/01/2009
Kejohanan Merentas Desa SMKCR 2009 (Pengadil)

FEBRUARI
09/02/2009
Mesyuarat Penyelarasan KKP Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)
11/02/2009
Taklimat Kem Kepimpinan dan Minggu Disiplin 2009 (AJK)
12/02/2009
Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Siaraya 2009 (Guru Penasihat)
14/02/2009
Gotong-royong PIPKSMKCR (JK Pelaksana)
15-25/02/2009
Latihan Kawad Persiapan Bagi Pertandingan Kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)
18/02/2009
Mesyuarat Agung Badan-badan beruniform kali pertama 2009 (Guru Penasihat Kor Kadet Polis)
22-23/02/2009
Kejohanan Olahraga Tahunan SMKCR (Pengadil Balapan)
28/02/2009
Pertandingan kawat KKPDRM Daerah Pasir Puteh di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander SMKCR)

MAC
08/03/2009
Kursus Pegawai Kanan KKPDRM Kont. Kelantan di Bukit Bunga, Jeli (Peserta)
11-12/03/2009
MSSD Pasir Puteh di SMK Gaal (Guru Pengiring)
25/03/2009
Sambutan Hari Polis di IPD Pasir Puteh ((Platun Komander SMKCR)
26-28/03/2009
Latihan Kawat Pusat Fasa 1 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)

APRIL
07-08/04/2009
Latihan Kawat Pusat Fasa 2 di SMK Padang Pak Amat (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
08/04/2009
Pertandingan Kawat KKPDRM Kont. Kelantan di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
15/04/2009
Majlis Jasamu dikenang SMKCR 2009 (Menghadiri)
20-21/04/2009
Latihan dan Raptai Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
22/04/2009
Sambutan Ulangtahun KKPDRM di PGA8 Pengkalan Chepa (Platun Komander Daerah Pasir Puteh *Naib Johan Platun Komander Terbaik KKP Negeri Kelantan)
25/04/2009
Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan guru SMKCR 2009 (Pendaftaran Ibubapa PIPK)
27/04/2009
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan KKPDRM Daerah Pasir Puteh (Platun Komander SMKCR)

MEI
05-08/05/2009
Latihan Tahunan KKPDRM Daerah Pasir Puteh bertempat di Rhu Dato’ Tok Bali (Platun Komander SMKCR)
11/05/2009
Pemilihan Peserta Olahraga Pendidikan Khas Di SKPK Lati (Guru Pengiring)
12-22/05/2009
Latihan pusat kontinjen olahraga pendidikan khas Kelantan di SKPK Lati (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)
24-29/05/2009
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan di Muar Johor (Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kelantan)

JUN
03-07/06/2009
Latihan Tahunan KKPDRM Kontinjen Kelantan di Kuala Krai (Platun Komander Daerah Pasir Puteh)
16/06/2009
Taklimat Pengagihan Elaun Pendidikan Khas dan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (AJK)
16/06/2009
Taklimat Lawatan Sambil Belajar PIPKSMKCR ke Kuala Lumpur (AJK)
21-25/06/2009
Lawatan PIPK SMKCR ke Kuala Lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)

JULAI
04/07/2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru SMKCR 2009 (Peserta)
08/07/2009
Seminar Pendidikan Khas Sempena Karnival Pendidikan Khas Institusi Pendidikan Khas 2009 (Peserta)
9-12/07/2009
Lawatan Atlit Olahraga SMKCR ke Kuala lumpur dan Putrajaya (Guru Pengiring)
30/07/2009
Hari Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa Derah Pasir Puteh dan Kempen menderma darah (Penganjur)
07-08/07/2009
Lawatan Pengawas SMKCR ke Cameron Highland (Guru Pengiring)

OGOS
13&15/08/2009
Majlis Solat Hajat Dan Gotong-Royong Khas H1N1 (Peserta)

SEPTEMBER
28/09/2009
Mesyuarat Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Kelantan Bil1/2009 (Peserta)

OKTOBER
03/10/2009
Kursus Profesionalisme Guru SMKCR Kali Ke-3 (Peserta)
05/10/2009
Sambutan Hari Raya PIPKSMKCR 2009 (Penganjur)
08/10/2009
Pemilihan Pasukan FUTSAL Pendidikan Khas Kelantan 2009 (Guru Pengiring/Jurulatih)
15/10/2009
Mesyuarat Jawatankuasa Fizikal dan Pembangunan SMKCR (AJK Perabut)
21-22/10/2009
Kursus Peningkatan Profesionalisme Setiausaha Ko-Kurikulum Sek Menengah dan Sek Rendah PPD Pasir Puteh dan PPD Bachok (Pen. S/U Ko-Kurikulum)
27/10/2009
Mesyuarat Data Pendidikan Khas Daerah Pasir Puteh ( Guru Data PIPKSMKCR )
28-29/10/2009
Basikalthon 1Malaysia SMKCR 2009 (AJK Pelaksana/Dokumentasi)

NOVEMBER
07/11/2009
Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru (Peserta)
11-12/11/2009
Kem Disiplin SMKCR 2009 (AJK Pelaksana/Dokumentasi)
26-28/11/2009
Kem Kepimpinan Pengawas Dan Penghuni Asrama 2009 (Timbalan Komandan)
19/11/2009
Perkampungan Penulis Muda Sek Men Peringkat negeri Kelantan (Keselamatan)
28/11/2009
Aktiviti Korban Perdana Pendidikan Khas Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha

Pergh mmg sebook la..tahun ni tak tau la lagi tapi aku rasa makin sebok..apapun doakan semoga aku dapat hadapinya dengan penuh keikhlasan dan ketabahan untuk membuahkan kejayaan demi anak bangsa masa hadapan..InsyaAllah.Amiin..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP