Tok Guru Nik Aziz

Monday, December 7, 2009

Malam tadi tidow lewat..dah nak kol 7pg baru bangun.xmandi terus solat subuh.Hajatnya nak sambung tido coz penat sangat tp mymum plak ajak g rumah MENTERI BESAR KELANTAN @ TOK GURU.Nak jemput datang time majlis perkahwinanku nnt.Walaupun agak sejuk namun kegagahkan jua tangan ini menggapai gayung mencebok air ntuk mandi.Menggigil wo..

Perjalanan dari rumah aku ke kediaman Tok Guru di Pulau Melaka mengambil masa lebih kurang 1jam. Lau aku sesorang less than 1jam tp ngan mymum xleh drive lelaju nnt kena sepit xpun panas telinga kena bebel.So aku terpaksa la mjadi pemandu berhemah drive keter dengan kelajuan 80km sejam atau kurang (tensennya..)

Bagi yang xpenah sampai ke kediaman Menteri Besar Kelantan nah tengok ni la rumahnya.

Xder pakguard, xder polis, xder pintu pagar tinggi..sesiapa sahaja boleh keluar masuk dengan mudah (xmacam rumah menteri2 yang lain). Susah nak cari insan yang macam ni.Satu dalam berjuta pun belum tentu.Tu yang membuatkan aku respect kat Tok Guru. Bukan nak cakap pasal politik just nak cerita tentang realiti..realiti yang korang boleh tengok n nilai.

Kehadiran kami disambut dengan suara merdu pelajar2 tahfiz mengalunkan Al-Quran. Kediaman Tok Guru ni sebenarnya terletak bersebelahan dengan pondok tahfiz

Memandangkan hari ni hari kerja so Tok Guru xder kat umah.Dok kat pejabat. Lau nak jumpa kena la datang hari jumaat. Mmg aku ngan mymum tahu tp nak buat camner sibook memanjang. Tapi xper mymum ni baik ngan Datin (isteri Tok Guru). So mymum jumpa ngan Datin la. Nak jumpa ngan Datin kena masuk ikut pintu belakang n orang lelaki xleh masuk.PEREMPUAN SAHAJA!! ni belakang umah Tok Guru.Lau nak jumpa Datin kena masuk ikut pintu ni.

so aku lepak je la lam keter.Sementara tunggu mymum siap bersembang sempat gak snap satu foto ni

wah ensem gak aku(muakakah).
Dah selesai aku singgah jap umah abang angkat aku Dr.Hamdan (Pakar Bedah) kat Melor ntuk jemput dia datang majlis perkahwinan aku nnt. Pastu balik ikut Pasir Puteh nak beli barang.Pastu g ambik baju pengantin.Balik umah g cari peralatan2 lain ntuk kenduri nnt.
Pepagi lagi turun Maghrib baru sapai umah. Penat wo...



3 orang cute lagi baik hati telah berkata:

maiyah December 7, 2009 at 10:55 AM  

adik.. krimkan salam pd Tuan guru.. hrp tuan guru sihat dan cekal dlm perjuangan

CikguYiee December 8, 2009 at 5:03 AM  

xleh nak janji la kak kot2 sibuk lupa..InsyaAllah isteri Tok Guru datang tp Tok Guru xsure lagi.

alvin takda rumah harga 8juta story.... December 13, 2009 at 6:20 AM  

hehehehe...aku tak suka politik...tapi aku tatau dari dulu aku suka tok guru nik aziz ni...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP