Cikgu Dulu Cikgu Skarang

Wednesday, October 21, 2009

Saper kata jadi cikgu xsebook?mmg nak kena luku kepala la tu. Semalam kena g kursus PENINGKATAN PROFESIONALISME SETIAUSAHA KO-KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PPD PASIR PUTEH DAN PPD BACHOK bertempat di SMK Sri Aman Pasir Puteh. Stat dari kol 8:30 pagi - 4:30 ptg. Hari ni lagi sehari.. Sepatutnya s/u ko y kena pegi tapi kebetulan plak isterinya baru jer bersalin (tahniah),so saya sebagai penolong s/u ko kena la jadi wakil.

Bukan senang nak jadi s/u. Saya bukan cakap kosong sebab semasa di UKM dulu saya memegang jawatan (s/u) di Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) selama 3 tahun. Memang banyak kerja ditambah pula suasana kerja ala tentera. Lagi la banyak tekanan.

Cikgu sekarang bukan cam dulu lagi (dari segi tugas/perjawatan). Cikgu Sekarang bukan setakat mengajar jer kejernya. Kat sekolah kena pegang macam2 jawatan. Guru kelas, Guru kelab, Guru badan uniform, Guru data, S/u n macam2 lah.

Kepada mereka yang diluar sana yang dok dengki cakap cikgu kejer relex, banyak cuti,bla bla bla tu minta tolong la fahami kami kaji dulu sebelum cakap. Huh lau dengki sangat jadi la cikgu dulu baru korang tahu. Bukan saya nak cakap kerja cikgu ni susah, tp fahamilah bahawa cukup senang untuk mengajar tapi amat sukar untuk mendidik. Mmg la kami ni nampak banyak cuti terutama cuti akhir tahun tapi lam cuti tu pun kami ada aktiviti. Tengok post saya yang lepas (Cuti Tapi Tak Cuti). Cuba tengok jadual saya tu. Buka mata luas2 dan tengok tarikh2 aktiviti tu,ada yang selang sehari je. Nak rehat pun xsempat. So xyah la dok dengki ngan cikgu yer. Lau nak dengki sangat korang tukar la profession,sumer pakat jadi cikgu.hehehe.

p/s: sowi la emosi sket.geram tol coz da orang kat cikgu kejer relex,balik awal,keje kureng, cuti banyak tapi gaji mahal.

4 orang cute lagi baik hati telah berkata:

ahmad humairi October 21, 2009 at 4:56 PM  

salam,
betubetubetul...macam upin dan ipin cakap, teman setuju dua ratus persen.

CikguYiee October 22, 2009 at 5:50 AM  

Hehe..tengkiu..haya mereka y jadi cikgu je y memahami cikgu."

Ramai orang menjadi CIKGU tapi hanya sedikit menjadi PENDIDIK"

BUJANG SUSAH October 22, 2009 at 8:28 PM  

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

CikguYiee October 23, 2009 at 6:30 AM  

Terima kasih bujang susah.banyak bender baru y leh dipelajari pada blog saudara.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP