SUDAHKAH ANDA????

Sunday, September 13, 2009

Sudahkah anda melaksanakan rukun ketiga daripada Rukun Islam iaitu membayar zakat? Tahukah anda bahawa Zakat diambil daripada perkataan tazakka yang memberi maksud menyucikan. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat. Zakat juga merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Oleh itu marilah kita sama-sama membayar zakat. Bayarlah awal-awal jangan sampai pagi raya baru nak cari pak imam.

SAYA SUDAH BAYAR,ANDA BAGAIMANA?



2 orang cute lagi baik hati telah berkata:

Siti Suliana September 18, 2009 at 5:19 PM  

heee..sudah sudah..kelmarin suamiku sudah bayar (;

acchutrasinggahmeta September 20, 2009 at 4:10 AM  

ko xper la ada suami..aku ni xder suami kena bayar sdirik la.hehe

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP