Pulak Dah..

Thursday, September 3, 2009

Sedang leka update laman web pagi aku dengar telefon mak aku berdering. Mendayu-dayu lagu daripada telefon kecil itu. Baru je nak layan lagu ringtone telefon tu mak aku angkat. Aku sambung kembali tumpuanku kepada kerja-kerja menaik taraf laman web smkcr. Tetiba mak aku ketuk pintu bilik aku bertalu-talu.


"POK MIN EKSIDEN!!!" tu perkataan terpacul dari mulut mak aku bila aku buka pintu. Pulak dah. Tergesa2 aku bersiap nak g tengok. Kemudian tok sepupu aku sampai (ibu pok min). Dah siap semua aku pecut kereta aku ke tempat kejadian. Dia kemalangan semasa lam perjalanan ke sekolah kat Bachok. Tiba je tempat kejadian aku terkejut tengok motosikal dia...teruk ke dia cedera?lau tengok keadaan moto ni agak-agak......

Dia dh ada orang hantar dia ke klinik Bachok. So aku pecut kereta ke klinik pula. Sampai je klinik jururawat kata baru je hantar ke Hospital Kota Bharu. Lam kepala aku dah terbayang macam-macam dah. Tanpa berlengah lagi aku pecut plak ke Kota Bharu.

Sampai je hospital xboleh parking pulang. So aku turunkan dulu mak dan tok sepupu aku. Pusing punya pusing xder gak parking kosong. Kesudahannya aku kena la menapak dari tempat parking di stadium ke hospital.

Alhamdulillah hanya patah pergelangan tangan dan patah satu jari kaki. Masih bernafas lagi pak sepupu aku sorang ni.... Kena uruskan dia sebab xder orang laki. Nak harap tok sepupu ngan mak aku xleh sebab diaorang pun xlarat nak angkat g toilet, kena g daftar, kena itu kena ini..tambah pulak puasa. Tunggu punya tunggu pukul 5 lebih baru leh masuk ward.

Selesai la tugas aku. Seharian la aku dok kat hospital hari ni. Pukul 7.10malam baru sampai. Penat weh..

0 orang cute lagi baik hati telah berkata:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP