JANGAN PANDANG BAWAH!!!!

Sunday, August 30, 2009

Memang lumrah manusia..tidak pernah bersyukur ketika diberikan nikmat oleh Yang Esa, Namun apabila nikmat tersebut ditarik walupun sesaat sahaja barulah dia sedar betapa besar dan bermaknanya nikmat tersebut. Mungkin itu caranya Allah ingin menguji hambanya yang lalai,leka jauh sekali ingin bersyukur diatas nikmat yang dikurniakan olehNya.

Aku juga manusia biasa yang sering lupa, lalai, leka dan jarang bersyukur. Alhamdulillah Allah sayangkan aku kerana mengurniakan ujian supaya aku tersentak dari lamunan ku. Baru la aku rasa nikmatnya lau xsakit,betapa nikmatnya lau xsakit mata..berair,gatal,rasa cam menyucuk setiap kali pandang kebawah, setiap kali rukuk dan sujud.

Allahhuakbar..keluar juga nama suci itu dari mulutku apabila menahan sakit. Jika tidak sakit belum tentu nama suci itu keluar dari mulutku. Ingat lagi dulu ustaz kata jika Allah memberi ujian bermakna Allah sayangkan hambanya, supaya hambanya tahu bersyukur,supaya hambanya sedar...Alhamdulillah ini bermakna Allah masih sayangkan aku..Firaun tidak pernah diberikan sakit oleh Allah. Oleh itu dia mula riak, bongkak, lupa siapa penciptanya malah lupa diri sehingga mengaku dirinya tuhan. Akhirnya Allah menurunkan siksaan yang amat dasyat kepada Firaun. Jadi sakit itu adalah rahmat dan nikmat daripada Allah kepada kita. Supaya kita sentiasa ingat, tidak lupa.. Namun sebagaimana manusia biasa yang lain,mereka mudah lupa,hanya mengingati Allah kala sakit cuma.Apabila sudah sihat mereka lupa..Ya Allah jadikanlah daku sebagai hambaMu yang bersyukur dengan kurniaan lautan nikmatMu. Jadikanlah daku, ibu bapa ku, keluarga ku, guru-guruku, kawan-kawanku,pelajar-pelajarku, jiran-jiranku, pemimpin-pemimpinku, sebagai manusia yang tahu untuk bersyukur diatas limpahan nikmatMu. Amiin.

Doktor bagi cuti 2 hari..kejer kat skolah banyak lagi lo..jadual ntuk 7 org guru blom siap. Kena adjust jadual sebab seorang guru dah selamat melahirkan anak.

0 orang cute lagi baik hati telah berkata:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP