Amalan pelindung wabak merbahaya - H1N1

Tuesday, August 11, 2009

1. Dalam kitab doa-doa yang ditulis oleh Asy Sheikh Ibni Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi Rahmatullah Alaih (seorang murshid) ada satu doa yang sangat mashur di kalangan orang-orang zaman dahulu iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit seperti taun,selsema burung,penafasan akut,selesama babi @ H1N1 dan lain-lain jenis penyakit berjangkit.
Inilah doa pelindung bagi semua jenis penyakit berjangkit maut.
لِيْ خَمْسَةٌ أُطْفِيْ بِهِا * حَرَّ الوَبَاءِ الحَاطِمَةْ
المُصْطَفَى وَالمُرْتَضَى * وابْنَا هُمَا مع فَاطِمَةْ

Ada lima bagiku, dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi Yang Terpilih, ‘Ali Yang Diredhoi, Faathimah, kedua anak mereka (Hasan dan Hussin).
2. Selawat Bagi Menolak Wabak Taun (Wabak Yang Menular) - Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahUllah menyebut dalam "Sa`aadatud Daarain" halaman 629 akan satu lagi faedah bagi menolak tha`un (wabak berjangkit/menular) dengan berselawat dengan untaian selawat seperti berikut:-
Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Junjungan Sayyidina Muhammad dan atas keluarga baginda; Selawat yang Engkau tolakkan (hindarkan) daripada kami dengan keberkatannya akan segala serangan penyakit dan wabak penyakit. Wahai Tuhan yang urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu memadai Dia berfirman "Jadi" maka jadilah ia (tamsil bagi kehebatan dan kekuasaanNya yang mutlak).
3. Membaca surah Yaasin. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar رحمه الله, murid al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad رضي الله عنه dalam karangannya Tatsbitul Fuad yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ada berpesan dengan katanya:-
Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan “Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi.” Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
5. Bacalah zikir:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
(Bismillahillazi layadurruma'asmihi...sampai habis)
InsyaAllah bagi yang istiqamah membacanya 3x pagi dan petang akan terhindar dari bencana, wabak dan sebagainya. Dan kalau terjangkiti sekalipun, insyaAllah tidak memudharatkan melainkan sudah ajal.
Beramal dan pohonlah dari Allah s.w.t dengan seilkhlas hati.Jgnlah berdoa dan beramal semata-mata takut kepada selesama babi, tetapi beramal dan berdoalah kepada Allah s.w.t kerana DIA yang berkehendak dan maha pengasih lagi penyayang..
Wallahu Ta'ala Bissawab..


ihsan:http://nurnawwarnawwirnawirah.blogspot.com/

2 orang cute lagi baik hati telah berkata:

sensei_kun September 8, 2009 at 12:23 AM  

salam...doa tersebut tidak ada dlm nas dr al-quran mahupun hadis bahkan tidak warid drpd nabi...minta hentikan penyebaran doa tersebut

sensei_kun September 8, 2009 at 12:26 AM  

bahkan mempunyai unsur tawasul iaitu meminta kepada makhluk bukannya kpd Allah...awas unsur2 syiah pd doa tersebut yg memnta kpd fatimah, ali dan anak2 mereka..sedangkan nabi ajarkan kita berdoa dgn tatatertib dengan memulakan doa dgn memuji allah dan berselawat kpd nabi..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP