Lawatan Pendidikan Khas ke Kuala Lumpur-Putrajaya

Saturday, July 18, 2009

Penat tapi best!!! Empat hari bersama anak-anak murid aku yang tercinta!Macam-macam hal berlaku, banyak pengalaman baru aku dapat. Bayangkanlah dari Kelantan ke KL ambil masa 12 jam, macam nak ke Johor.Bas xbley bawa laju xpasal2 plak ramai yang muntah. Berenti buang air xterkira dah, kat stesen minyak, kedai makan, tepi jalan pon ada.Dah namanya pendidikan khas..Tu yang lama. Kebas bontot aku dok lama sangat kat atas bas.

Kitaorang menginap kat UTM. Pening kepala aku ngan penyelaras nak agih budak coz budak laki ramai (32org) tp aku n penyelaras je laki, stay plak kat 2 blok. Kena la sorang jaga satu blok.

Lam 4 hari tu macam2 tempat la kitaorg g. KLCC,KL Tower, Dataran Merdeka, Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Putrajaya n banyak la. Paling aku xleh lupa time kat Pusat Sains Negara. Da sorang budak aku ni buat hal, di beraknya kat situ!!Siap tinggal "cenderamata" lagi kat atas lantai. Kesian kat mak cik cleaner kena sental.. Lepas dari tu budak tu terus kami pakaikan LAMPIN. Kesian gak tapi nak wat camner.Dah la budak tu kecik Lampin tu plak besar (aku yang g beli lampin tu, mana la tau xpenah beli lampin).

Sepanjang 4 hari tu Alhamdulillah xde perkara yang xdiingini berlaku..Sumer cikgu hepi wpon penat, bebudak aper lagi mmg hepi tambah plak mejoriti xpenah jejak kaki kat KL.

0 orang cute lagi baik hati telah berkata:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP